Home »
Luar Negara
» Lelaki bogel panjat bumbung elak dicekup
Lelaki bogel panjat bumbung elak dicekup
Written By aku on Saturday, 8 February 2014 | 11:31 am
KEGIATAN pelacuran di negara China agak berleluasa biarpun hukuman berat menanti mereka yang didapati bersalah mengusahakan perhambaan seks di negara itu.
Di bawah undang-undang negara komunis itu, mereka yang didapati bersalah boleh dihukum mati dengan ditembak oleh skuad penembak khas.
Disebabkan itu, setiap kali pihak berkuasa negara berkenaan melakukan serbuan, pasti akan huru-hara jadinya!
Baru-baru ini, sebuah rumah pelacuran di wilayah Jilin telah diserbu polis.
Seorang pelajar sekolah berjaya merakamkan suasana kelam-kelibut yang berlaku, termasuk bagaimana salah seorang pelanggan yang bertukar ‘Spyderman’ kerana hendak melarikan diri!
Lelaki itu memanjat bumbung bangunan dalam keadaan bogel kerana tidak sempat mengenakan seluarnya sewaktu pasukan polis memecah masuk salah sebuah bilik persundalan.
Turut dirakamkan pelajar sekolah itu adalah beberapa pelacur yang bertempiaran melarikan diri, juga dalam keadaan tanpa pakaian, lapor Mynewshub.
Labels:
Luar Negara