Home » » Hentikan Fitnah, Jangan Politikkan Isu Tabung Haji – Azeez

Hentikan Fitnah, Jangan Politikkan Isu Tabung Haji – Azeez

Written By aku on Sunday 21 February 2016 | 11:45 am



BALING, 20 Feb — Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meminta pihak yang tidak bertanggungjawab supaya berhenti menyebarkan fitnah mengenai Tabung Haji.
Beliau menyifatkan tindakan pihak berkenaan cuba meracuni rakyat, terutama pendeposit Tabung Haji, sebagai bermotifkan politik semata-mata.

“Kalau nak serang saya, seranglah saya dari segi politik tapi jangan serang saya melalui isu Tabung Haji tanpa usul periksa… hentikanlah,” katanya kepada pemberita selepas Program Melestarikan Integriti Tabung Haji Bersama Masyarakat Baling di Dewan Badminton Kupang di sini, hari ini.

Beliau menegaskan tindakan undang-undang akan diambil terhadap penyebar fitnah berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Abdul Azeez berkata pihaknya akan cuba mempertahankan kos menunaikan haji pada tahun ini iaitu RM9,980 bagi jemaah haji yang pertama kali menunaikan Rukun Islam kelima itu.

“Tabung Haji akan menanggung subsidi haji sebanyak RM180 juta untuk musim haji tahun ini,” katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger