PAS Puas Hati Tadbir Urus Tabung Haji – Tuan Ibrahim
Written By aku on Wednesday, 3 February 2016 | 12:28 pm
KUALA LUMPUR : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semalam telah melawat Lembaga Tabung Haji (TH) disini bagi tujuan mendengar sendiri isu-isu yang berkaitan TH tersebut.
Dalam kunjungan itu yang di ketua Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat Yb Ustaz Nasrudin Hassan, Yb Dato’ Dr Khairudin Aman Razali At Takiri Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Prof Zainal Abidin Kidam, Dr Rosni Adam Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Kamaruzaman Mohamad Pegawai Khas Presiden PAS dan Nurul Islam Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Pertemuan itu berlangsung selama dua jam yang mana PAS telah diberi penerangan berkaitan polemik yang diwujudkan oleh rakan pembangkang PAS iatu DAP, PKR dan PAN.
Sementara di pihak Tabung Haji terdiri daripada Pengerusi Tabung Haji Dato Sri Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengarah Urusan Tabung Haji Tan Sri Ismee Haji Ismail, Dato Johan Abdullah Timbalan Pengarah Urusan, Dato Rozaida Omar Ketua Pegawai Kewangan TH dan beberapa orang pegawai kanan Tabung Haji yang lain.
Menurut Tuan Ibrahim, PAS menggunakan budaya politik matang dalam menanggani isu berkaitan ummat Islam dinegara ini.
“Kami (PAS) dating sendiri ke Tabung Haji Ini bagi mendengar sendiri isuisu yang dibangkitkan dalam oleh rakan pakatan kami”
“PAS hadir untuk mendapatkan maklumat langsung dari pihak Tabung Haji sebelum memutuskan sikap disamping turut mengemukakan pandangan serta penambahbaikan kepada pihak Tabung Haji selepas pelbagai isu kontroversi melibatkan Tabung Haji tercetus”
“PAS turut bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat sesuatu isu yang berkait rapat dengan kepentingan dan kebajikan umat Islam berdasarkan maklumat yg benar dan tepat”
“Dengan penerangan yang diberikan oleh pihak tabung haji hari ini(semalam) PAS memang berpuas hati dengan tadbir urus yang dilakukan oleh Tabung Haji sepanjang penubuhannya dan PAS berharap Tabung Haji menjalankan amanah dengan sebaik mungkin untuk ummat Islam di Negara ini”, katanya dipetik dari FB Tuan Ibrahim.
Selain itu Tuan Ibrahim berkata, beliau dan barisan kepimpinan PAS akan memberi penerangan kepada rakyat sebaik mungkin dengan maklumat yang diberikan pihak Tabung haji.
Katanya lagi, Pas mengucapkan jutaan Tahniah kepada Tabung Haji dengan tadbir urus yang terbaik hari ini.
“Kita tahu dewasa ini banyak serangan datangnya DAP dan rakan sekutunya menyerang Institusi ini kerana meraka tahu akan kewangan ummat islam didalamnya”
“PAS mengharapkan rakyat dan ummat Islam di Malaysia ini agar mendapatkan pengesahan sendiri dari pihak Tabung Haji sebelum membuat sesuatu keputusan yang merugikan diri sendiri”, katanya.
Labels:
Politik