Home » » Penjawat awam ditemui tergantung

Penjawat awam ditemui tergantung

Written By aku on Monday, 1 February 2016 | 12:51 pm

 Superintenden Khaled Che Lah 

JERTIH - Seorang penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan di sini ditemui mati tergantung di dalam sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Balik Bukit,l ewat malam kelmarin.

Mangsa berusia 51 tahun ditemui anaknya tergantung di ruang tamu rumah arwah ibu mangsa dalam keadaan berkain pelekat tanpa baju kira-kira jam 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Khaled Che Lah berkata, mangsa ditemui anak lelaki mangsa yang mencarinya setelah belum pulang walaupun lewat malam.

Menurutnya, apabila anak mangsa sampai di ke rumah tersebut yang merupakan rumah arwah ibu mangsa, kemudian membuka pintu rumah lalu ternampak bapanya tergantung dengan keadaan leher terikat tali nylon pada alang bumbung rumah.

“Siasatan polis tidak dijumpai sebarang kesan unsur jenayah di tempat kejadian  atau sebarang kesan cedera pada badan si mati.

Tambahnya, siasatan mendapati mangsa menghidapi penyakit kemurungan dan dirawat selama dua minggu di wad psikiatri Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dan keluar daripada hospital berkenaan tiga minggu lalu.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger