PRK Sarawak: PAN mengaku kalah sebelum masuk gelanggang
Written By aku on Friday, 19 February 2016 | 7:54 pm
Belum pun tarikh pilihan raya negeri Sarawak diumumkan, Parti Amanah Negara (PAN) sudah membayangkan kekalahan dalam pilihan raya itu yang perlu diadakan sebelum Jun ini.
Presiden PAN, Mohamad Sabu berkata, parti itu dijangka berdepan kekangan yang ketara sepanjang tempoh berkempen berikutan akses pengangkutan yang terhad di Sarawak terutama di kawasan luar bandar.
"Tapi kita akan usahalah sekadar yang mampu, perjalanan kempen kalau naik dengan bot enam ke tujuh jam, jadi satu hari kempen kita boleh sampai ke beberapa tempat sahaja, nak banding dengan mereka (Barisan Nasional) yang naik helikopter, " katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pejabat operasi PAN dan Pakatan Harapan negeri Terengganu di pusat komersial di Paya Keladi Khamis.-19/2/2016 *gambarfail
Labels:
Politik