Bolehkah Dosa Dihapuskan Di Mekah, Soal DAP Melaka
Written By aku on Friday, 19 February 2016 | 8:06 pm
Kuala Lumpur – Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Melaka, Damian Yeo Shen Li mempersoalkan sama ada dosa umat Islam dapat dihapuskan dengan pergi ke Mekah untuk beribadah.
Kenyataan yang dibuat di laman sosial Facebook beliau itu dipercayai ditujukan kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan suaminya, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail.
“Bolehkah dosa kita dihapuskan ketika menjejak kaki ke Mekah?,” katanya dengan memuatkan gambar Shahrizat dan Salleh di Mekah bersama kapsyen ‘Mencuri. Menipu. Mekah. Ulang’.
Tindakan DAP mencampuri urusan umat Islam bukan kali pertama. Sebelum ini, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mengeluarkan kenyataan mencampuri urusan Tabung Haji meminta ia diaudit.
Kor Ming meminta audit menyeluruh ke atas Tabung Haji dilakukan kononnya disebabkan penyata kewangannya menunjukkan kerugian sebanyak RM351 juta.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengumumkan bonus tahunan pendeposit bagi 2015 menyatakan Tabung Haji telah mencatat keuntungan bersih selepas zakat mencecah RM3.53 bilion berbanding RM2.98 bilion pada 2014, iaitu peningkatan sebanyak 19%.
Menurut Ketua UMNO Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, tindakan DAP ini sengaja mengembar-gemburkan isu Tabung Haji untuk mencemarkan reputasi institusi berkenaan yang menjadi payung kepada umat Islam.
“Jangan cuba hendak menjadi jaguh yang tak diundang. Tabung Haji masih relevan dan kekal kukuh sebagai instutusi yang menjaga kepentingan orang Melayu terutama bersabit dalam urusan menunaikan ibadat haji.
“Apabila DAP cuba mencampuri urusan TH, seolah-olah mereka ada agenda tersendiri untuk menjahanamkan institusi berkeaan yang sekali gus akan merugikan orang Melayu,” katanya. – SuaraTV
Labels:
Politik