Home » , » PRN Sarawak: Senarai calon BN bakal diumumkan Mac - Adenan Satem

PRN Sarawak: Senarai calon BN bakal diumumkan Mac - Adenan Satem

Written By aku on Sunday 21 February 2016 | 9:37 pm

PRN Sarawak: Senarai calon BN bakal diumumkan Mac - Adenan Satem|pilihanraya negeri serawak 2016

KUCHING: Senarai nama penuh calon Barisan Nasional (BN) Sarawak yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) ke-11 akan datang, bakal diketahui bulan depan.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata senarai nama calon itu telah diputuskan dan akan diumumkan pada Mac.

"Bulan depan saya akan mengumumkan nama calon Barisan National. Tarikhnya sekitar bulan depan, ya," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Konvensyen Pendidikan Kenegaraan Negeri Sarawak 2016 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini.

Bagaimanapun, tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak terus menjadi teka teki.

"Pembubaran akan dibuat apabila tiba masanya. Penggal DUN tamat pada 21 Jun tahun ini, walaupun saya tidak mengumumkan ia dibubarkan, DUN itu juga secara tersendiri akan terbubar dan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. Ini boleh berlarutan sehingga Ogos. Namun anda juga boleh membubarkan DUN sebelum itu, iaitu sebelum Jun," katanya.
PRN Sarawak dijangka diadakan 30 April ini, manakala tarikh penamaan calon pada 18 April.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger