RM 2.95 Juta Dana Raya Cina Mula Diagih
Written By aku on Tuesday 2 February 2016 | 11:40 pm
Bantuan Dana Raya Cina berjumlah RM2.95 juta akan diagihkan kepada 8,505 masyarakat itu di Terengganu mulai esok sebagai persediaan menyambut perayaan Tahun Baru Cina.
Bantuan tahunan kerajaan negeri itu diagihkan mengikuti kategori iaitu RM1.8 juta kepada 4,655 orang yang pendapatan rendah; RM840,000 untuk 2,799 warga emas; RM230,000 kepada 670 ibu tunggal dan RM114,300 pula disediakan untuk 381 orang kurang upaya.
Kuala Terengganu menerima agihan paling tinggi iaitu RM1.25 juta kepada 3,643 penerima diikuti Kemaman RM768,000 dengan 2,240 penerima dan Dungun pula sebanyak RM454,500 kepada 1,294 penerima.
Daerah lain, Besut melibatkan agihan RM217,00 kepada 509 penerima: Marang RM190,500 (540 penerima); Hulu Terengganu RM36,000 (103 penerima) dan Setiu RM18,300 (55 penerima) dan Kuala Nerus pula membabitkan RM7,200 diagihkan kepada 21 penerima.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Samiun Salleh berkata, mereka yang layak boleh menebus baucer masing-masing di Bank Simpanan Nasional berdekatan bermula esok.
“Tempoh sah laku baucer ditetapkan selama tiga bulan atau berakhir 3 Mei depan,” katanya
–Teganukite
Labels:
Semasa