Home » » Jangan pertikai ibadah seseorang, kata Maza

Jangan pertikai ibadah seseorang, kata Maza

Written By aku on Friday 4 March 2016 | 12:50 pm


SHAH ALAM – Ketika ramai netizen dan masyarakat mempersendakan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengerjakan umrah ketika lawatan kerja ke Arab Saudi, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil dengan kenyataan berbeza.

Menerusi status yang dimuat naik dalam laman sosial beliau, Asri berpendapat bahawa walaupun setiap pihak mempunyai perbezaan politik, soal ibadah seseorang tidak sewajarnya dipersendakan secara sesuka hati.

“Pada pandangan saya, sekali pun jika berbeza pandangan politik ataupun tidak suka dengan beliau (Najib), soal ibadah seseorang biarlah antara dia dan Tuhan.

“Tidak perlu kita mempersendakannya. Lagipun saya tidak lihat beliau kata bahawa ibadahnya itu memadamkan segala apa yang dipertikaikan oleh rakyat.

“Urusan beliau dan rakyat adalah apa yang membabitkan soal ketelusan dan amanah daalam pentadbiran negara ini. Persoalan peribadi seperti kenapa beliau solat, puasa, umrah dan haji, hendaklah diserahkan kepada ALLAH,” tulisnya.

Perdana Menteri dan isteri kini dalam rangka lawatan kerja ke Arab Saudi selama empat hari bermula sejak Isnin.

Ketika tempoh lawatan kerja berkenaan, Najib turut berkesempatan bagi melaksanakan ibadah umrah bersama isterinya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger