Mahathir Perlukan Pembangkang Kerana Dia Tak Kuat Kata Azizah
Written By aku on Monday, 7 March 2016 | 11:18 pm
KUALA LUMPUR – Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan dakwaan bahawa penyertaan bekas perdana menetri, Tun Dr Mahathir Mohathir bersama Pakatan Harapan Rakyat akan membantu pembangkang meraih lebih banyak sokongan akar umbi.
Wan Azizah menyifatkan Dr Mahathir tidak mempunyai sokongan yang kuat di kalangan rakyat sehingga terpaksa memohon bantuan pimpinan pakatan pembangkang.
“Tidak…tidak…itu tidak betul, Dr. Mahathir tidak kuat, dia yang memerlukan bantuan daripada kami (pembangkang),” katanya ketika sidang media di Parlimen sebentar tadi.
Ketua Pembangkang itu turut menegaskan isu memaafkan beliau dan keluarga telah memaafkan Dr Mahathir Mohamad tidak timbul kerana ia merupakan perkara yang berbeza.
Beliau berkata demikian selepas ditanya pemberita adakah kesediaanya bekerjasama dengan Dr Mahathir itu boleh diibaratkan sebagai tanda dirinya sudah melupakan kisah suaminya yang dilucutkan jawatan dan dimasukkan ke dalam penjara atas tuduhan liwat pada zaman pemerintahan Mahathir.
“Saya tak rasa itu dendam sebab dalam isu yang berlainan, awak (media) lihat YB Kit (Siang) pernah menjadi mangsa, Mat Sabu juga pernah menjadi mangsa, suami saya juga pernah menjadi mangsa, dia berikan kenyataan kepada tiga peguam.
“Ia bukan tentang dendam, ia bukan tentang soal membalas dendam. Ianya tentang negara kita. Jadi kita perlu tengok perbezaan ini…apa yang telah jadi,” katanya lagi.
Wan Zizah turut menegaskan agenda pembebasan Anwar daripada penjara akan menjadi keutamaan dalam Deklarasi Rakyat walaupun tidak mendapat persetujuan Dr Mahathir.
“Ia tidak kira sama ada dia (Mahathir) setuju atau tidak, ia tentang reformasi kami, dia (Anwar) adalah mangsa pertahanan penjara.
“Sekiranya kita membebaskan dia (Anwar), itu adalah reformasi yang terbesar yang kita berhutang kepada negara,” katanya lagi.
Labels:
Politik