Home » » PRN ke-11 Sarawak: Inilah Bakal Bakal Calon PAS

PRN ke-11 Sarawak: Inilah Bakal Bakal Calon PAS

Written By aku on Sunday 13 March 2016 | 1:25 pm


MENJELANG Pilihan Raya Negeri Sarawak Kali Ke-11, PAS melancarkan Tawaran Sejahtera PAS Untukmu Sarawak yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pada Sabtu, 12 Mac 2016/ 3 Jamadil Akhir 1437H di Kuching, Sarawak.

TUJUAN PAS MENYERTAI PRN SARAWAK

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) komited dan konsisten untuk:

1.Menyuburkan amalan demokrasi di Sarawak dengan memberi pilihan yang pelbagai kepada rakyat Sarawak memilih mana-mana calon yang diyakini boleh mewakili mereka ke Dewan Undangan Negeri (DUN).

2.Memperkukuhkan sistem semak dan imbang dalam urus tadbir negeri Sarawak melalui penyertaan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak, seterusnya memantau perjalanan pentadbiran negeri melalui DUN.

TAWARAN PAS SARAWAK

1.PAS Sarawak akan MEMPERTAHANKAN HAK ANAK NEGERI SARAWAK sebagaimana yang termaktub di dalam Perjanjian Persekutuan Malaysia 1963. Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS akan menyokong dan mendokong usaha mempertahankan hak tersebut mengikut saluran undang-undang dan demokrasi sedia ada.

2.PAS Sarawak komited MEMELIHARA HAK PELBAGAI KAUM, AGAMA DAN BUDAYA di negeri Sarawak. Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS tidak akan memberi ruang kepada isu-isu yang mengganggu-gugat hak setiap kaum dan agama di negeri ini dengan mengamalkan budaya harmoni dan sejahtera.

3.PAS Sarawak KONSISTEN MENUNTUT ROYALTI 20% MINYAK DAN GAS. Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS akan konsisten menuntut hak tersebut dikembalikan kepada rakyat Sarawak secara adil dan saksama.

4.PAS Sarawak TEGAS DALAM CAPAIAN MENYELURUH KEMUDAHAN ASAS RAKYAT. Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS akan menyuara dan memperjuangkan hak tersebut untuk dilaksanakan secara menyeluruh untuk rakyat Sarawak.

5.PAS Sarawak SEDIA MENDENGAR ADUAN RAKYAT. Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS akan menubuhkan Pusat Aduan Rakyat yang aktif di DUN PAS menang dengan komitmen mendengar suara dari seluruh lapisan masyarakat di DUN berkaitan.

KERUSI-KERUSI DUN

PAS Sarawak akan bertanding di 11 Kerusi DUN berikut:

1.Samariang
2.Pantai Damai
3.Muara Tuang
4.Sadong Jaya
5.Sebuyau
6.Beting Maro
7.Kakus
8.Jepak
9.Samalaju
10Lambir
11.Pujut

PENUTUP

Sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, PAS sentiasa beramanah, berintegeriti dan berpegang kepada janji. Sekiranya calon-calon PAS terpilih sebagai ADUN, kami akan berusaha sedaya-upaya menyempurnakan kesemua tawaran yang telah dijanjikan. – HARAKAHDAILY 13/3/2016

Dikeluarkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak (BPPNS).
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger