Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, menyerahkan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak untuk menentukan kedudukannya sebagai Menteri Besar.
“Terpulang kepada keputusan Perdana Menteri,” katanya ringkas ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Wisma Darul Iman, sebentar tadi.
ADUN Seberang Takir itu, enggan mengulas lanjut dan bersedia menghadapi apa juga kemungkinan.
“Tunggulah keputusan lanjut daripada Perdana Menteri selepas beliau selesai mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin,” katanya.