JERTIH: Seorang lemas, manakala tiga lagi terselamat apabila dua bot berlanggar di perairan Pulau Perhentian, kira-kira jam 11 malam tadi. Mayat mangsa, Rawi Ibrahim, 40, dari Kampung Sentosa, Kampung Raja, dekat sini, ditemui pasukan penyelamat kira-kira jam 10.25 pagi tadi tidak jauh dari tempat kejadian. Nahas ketika mangsa berseorangan mengendali bot untuk ke kampung nelayan di pulau berkenaan dan berlanggar dengan bot lain dalam perjalanan ke Pulau Perhentian Besar. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rawi, berkata mangsa dan lima individu dalam bot berasingan tercampak ke laut. Katanya, Rawi terus hilang selepas tercampak, manakala tiga mangsa lain terselamat dan dibawa ke Hospital Besut untuk pemeriksaan. Beliau berkata, pasukan Bomba dan Penyelamat Besut dengan dibantu anggota Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebelum menemui mayat lelaki terbabit.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/148294