Wednesday, 18 January 2017

Lelaki terjun Sungai Besut elak ditahan polis


 HULU BESUT -  Seorang lelaki dikhuatiri lemas apabila terjun ke Sungai Besut dekat Simpang Lata Tembakah di sini dipercayai untuk mengelak daripada ditahan polis petang tadi.

Lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai pengedar dadah itu melarikan diri daripada polis yang ingin menjalankan pemeriksaan  terhadap suspek.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, dalam kejadian jam 5.20 petang tadi suspek yang memandu kereta Perodua Axia bertindak keluar daripada keretanya dan terjun ke dalam sungai berhampiran  itu.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang identitinya dikenali telah dilancarkan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut polis turut menemui sejumlah pil dipercayai dadah.