Home » » KEMASKINI ONLINE PERMOHONAN DANA HARI RAYA AIDILFITRI 2017 DI BUKA

KEMASKINI ONLINE PERMOHONAN DANA HARI RAYA AIDILFITRI 2017 DI BUKA

Written By aku on Monday 3 April 2017 | 12:35 pm


Permohonan Dana Hari Raya Aidilfitri  dibuka bermula 1 April 2017 hingga 21 April 2017. Bagi pemohon baru yang tidak pernah terima pada tahun 2016, diminta membuat permohonan secara online. Manakala bagi pemohon yang telah terima pada tahun 2016, dinasihatkan membuat semakan maklumat permohonan sama ada melalui online atau melalui pengerusi JKKK masing-masing. Sebarang perubahan kategori, parlimen, dun dan kampung perlu dimaklumkan dalam tempoh masa permohonan ini dibuka.

Adalah diingatkan supaya kesemua pemohon perlu mematuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Pastikan maklumat permohonan adalah tepat dan lengkap.

Bagi pemohon kategori Pendapatan Rendah/Miskin, adalah WAJIB mengisi maklumat tanggungan (anak-anak) dan maklumat pasangan (mereka yang berkahwin).  Manakala yang bujang (belum pernah berkahwin), mestilah berumur 41 tahun ke atas sahaja.

Pemohon dikalangan Ibu Tunggal/Duda adalah perlu memohon kategori Ibu Tunggal/Duda, BUKAN Pendapatan Rendah/Miskin. Maklumat permohonan perlu disertai
maklumat tanggungan (jika ada).

Pemohon yang telah lulus bagi permohonan Transformasi Orang Muda (TOM) dan Dana Hari Raya Cina 2017 tidak layak memohon.

Permohonan dan semakan boleh dibuat melalui http://danattb.terengganu.gov.my .Syarat-syarat kelayakan lain juga boleh didapati melalui laman web tersebut.

Pemohon baru perlu mencetak borang dan hantar kepada pengerusi JKKK masing-masing sebelum atau pada 21 April 2017.

Kegagalan memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh menyebabkan permohonan ditolak.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi pejabat daerah atau pejabat Agensi Transformasi Rakyat (ATRA) yang berdekatan.

Sekian Terima Kasih


kemaskini online >> http://danattb.terengganu.gov.my/


Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger