Harga durian kampung tinggi
Written By aku on Saturday, 8 July 2017 | 12:28 pm
JERTIH - Musim durian kampung dari daerah ini sudah tiba apabila raja buah itu mulai gugur sejak sepuluh hari lalu.
Sejak itu, tepi-tepi jalan di sini mulai meriah dengan jualan buah yang menjadi kesukaan ramai itu.
Tinjauan Sinar Harian bagaimanapun mendapati durian musim ini tidak begitu menjadi kerana banyak pokok durian yang tidak mengeluarkan buah atau sekadar berbunga sahaja.
Ekoran kekurangan hasil kali ini dikatakan punca harga buah durian kampung yang menjadi buruan dan dan digemari ramai kini dijual dengan agak tinggi di daerah ini.
Menurut peniaga buah, Wan NorAzman Wan Setapa, 44 , harga durian kampung ditentukan oleh penghasilan durian pada sesuatu musim.
“Musim ini durian kampung di Besut tidak begitu menjadi. Hanya kawasan Jertih seperti Kampung Tok Raja, Pelagat, Seberang Jertih dan beberapa kampung lain sekitar sahaja menjadi sedangkan di kawasan Hulu Besut iaitu kawasan paling banyak dusun dan kebun durian tidak menjadi.
“Hanya sebahagian kecil pokok durian sahaja di sana (Hulu Besut) yang lekat buah sehingga gugur,” katanya yang menjual buah durian di tepi jalan Kampung Mak Sara di sini.
Labels:
Semasa