‘Mereka masih ada datuk dan nenek’
Written By aku on Wednesday, 5 July 2017 | 1:36 pm
KUALA BESUT - Kisah lima beradik dari Kampung Beris Lampu, di sini yang didakwa hidup sebatang kara selepas kematian ibu mereka 30 Jun lalu mendapat perhatian pelbagai masyarakat setelah kisahnya disiar sebuah media elektronik seterusnya tersebar melalui media sosial.
Susulan berita itu, pelbagai pihak yang bersimpati tampil menghulurkan bantuan dan tidak kurang juga yang ingin mengambil sebagai anak angkat apabila laporan turut menyebut lima beradik itu bersedia untuk dijadikan anak angkat oleh sesiapa sahaja asalkan mereka tidak dipisahkan.
Bagaimanapun dakwaan tersebut disanggah dan dinafikan datuk kepada lima beradik tersebut, Ismail Embong, 70, dan waris yang lain.
Menurut Ismail, dakwaan seperti dilaporkan itu tidak tepat mungkin berpunca kerana silap faham atau pihak terbabit tidak merujuk kepada pihak sepatutnya.
“Mereka masih ada datuk dan nenek, ibu mahupun bapa saudara serta waris lain. Jadi macam mana boleh timbul cerita hidup mereka sebatang kara,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beris Lampu.
Ismail adalah bapa kepada ibu lima beradik itu, Akma Ismail, 41, yang meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan Jumaat lalu kerana kanser payu dara.
Kata bekas Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung berkenaan lagi, anak perempuannya yang merupakan ibu tunggal menderita kanser selepas dikesan sejak setahun lalu.
“Keadaannya semakin teruk sehinggalah pada pertengahan Ramadan lalu dia dimasukkan ke HUSM sehingga meninggal dunia Jumaat lepas.
“Arwah yang bekerja sebagai tukang jahit ketika hayatnya meninggalkan lima anak iaitu tiga lelaki dan dua perempuan iaitu Muhammad Azri Irfan Mohd Zahari, 14, Muhammad Azril Irman, 13, Azreen Eleya Balqis, 11, Muhammad Azri Isyraaf, 6 dan Azlily Eleya Qistina, 3,” katanya.
Ismail berkata, ketika anaknya terlantar di hospital, ahli berkeluarga termasuk kakak arwah, Azizah Ismail, 54, yang tinggal di Lembah Bidong, Setiu, bergilir-gilir menunggu Akmal di HUSM termasuk anak-anaknya
BACA JUGA > DAKWAAN TIADA WARIS TIDAK TEPAT
Labels:
Semasa