Hospital Besut terpilih sebagai Pusat Pembedahan Katarak
Written By aku on Saturday, 10 November 2018 | 12:14 pm
JERTIH - Berita gembira buat pesakit katarak di daerah ini khususnya apabila tidak perlu pergi jauh lagi untuk mendapatkan rawatan kerana Hospital Besut terpilih sebagai Pusat Pembedahan Katarak mulai tahun depan.
Pengarah Hospital Besut, Dr Hariza Hussin berkata, pusat tersebut merupakan kerjasama yang berjaya direalisasi hasil kolaborasi dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Menurutnya, ia akan dilancarkan secara rasmi pertengahan tahun depan seterusnya akan dikenali sebagai Pusat Pembedahan Katarak Hospital Kluster Terengganu Utara.
Hospital Besut bersama Hospital Setiu dan Hulu Terengganu dipilih sebagai anak angkat HSNZ dan dari tiga hospital daerah tersebut, pembedahan katarak hanya dilakukan di Hospital Besut selain HSNZ sendiri.
“Doktor pakar HSNZ akan datang ke sini untuk melakukan pembedahan tersebut pada masa yang ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau Karnival Pembedahan Katarak di Dewan Bedah Hospital Besut di sini, pagi semalam.
Hariza berkata, usaha ini akan dapat membantu pesakit menjalani pembedahan katarak tanpa perlu pergi jauh di samping menjimat kos mereka dan masa lebih singkat.
--sinar--
Related Articles
- Brunei dan Malaysia mengharamkan satu produknya Qu Puteh Whitening Pro 9
- 40 Pasukan Khas Turun Padang Musnahkan Tempat Pembiakan Aedes
- Hospital pakar Terengganu bakal beroperasi Oktober ini
- Waspada kes demam denggi meningkat
- Virus Zika Merebak Melalui Hubungan Seks
- PM Arah Kementerian Kesihatan Ambil Langkah Cegah Demam Denggi, Virus Zika
Labels:
Kesihatan