Home » » Bapa rayu bantu cari anak hilang

Bapa rayu bantu cari anak hilang

Written By aku on Thursday 24 December 2015 | 7:30 pm


BESUT - Seorang penyelia asrama sekolah merayu orang ramai supaya membantu mencari anak perempuannya yang hilang ketika menyertai kelas tuisyen di Jerteh pada Jumaat lalu.

Remaja itu ialah Wan Wardah Balqist Wan Azmi, 14, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah agama di Jerteh.

Wan Azmi Mohamad berkata anaknya dihantar oleh abangnya untuk menyertai kelas tuisyen di sebuah pusat tuisyen di bandar Jerteh, namun dia tidak ada semasa abangnya datang semula untuk mengambilnya pulang.

Beliau berkata anaknya itu turut mempunyai penyakit tulang reput dan telah tujuh kali menjalani pembedahan. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger