Home » » Kepala dihentak dengan objek tumpul

Kepala dihentak dengan objek tumpul

Written By aku on Monday 21 December 2015 | 10:18 pm


Klang: Budak lelaki berusia empat tahun yang mayatnya ditemui di dalam tandas di rumah di Lorong Halimah Ja'amat, Kampung Sungai Udang, Klang, semalam dihentak dengan objek tumpul di kepala.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Azman Abdul Razak berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, mendapati kecederaan di kepala akibat perbuatan kejam berkenaan adalah punca kematian budak lelaki itu.
Katanya, lelaki berusia 39 dan wanita berusia 29 tahun yang ditahan semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 27 Disember depan dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui motif kejadian," katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Mayat budak lelaki itu ditemui dalam keadaan dibalut tuala 7.10 malam semalam dan sudah meninggal dunia lebih 24 jam.
Pemeriksaan lanjut menemui kesan kesan luka di bahagian kepala sebelah kiri mangsa, bengkak di kepala, calar dan lebam pada badan, hidung dan mulut berdarah serta kesan dera yang sudah lama.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/101600#sthash.zZNOVbl6.dpuf
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger