Home » » Mara Digital Tawar Harga Barangan ICT Lebih Murah

Mara Digital Tawar Harga Barangan ICT Lebih Murah

Written By aku on Saturday 19 December 2015 | 11:52 am


Peniaga bumiputera di pusat sehenti penjualan gajet dan alat telekomunikasi, Mara Digital diingatkan supaya tidak menjual sebarang produk tiruan bagi mengelakkan mereka daripada dikenakan tindakan tegas daripada pihak berkuasa.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peluang yang diberikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) kepada mereka perlu digunakan sebaik mungkin dengan menjual produk asli pada harga murah dan berpatutan.

Kata beliau, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan agensi berkaitan akan melakukan pemantauan di pusat sehenti berkenaan bagi memastikan setiap peniaga mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Saya sudah ingatkan mereka supaya jangan menjual barangan tiruan kerana berisiko dikenakan tindakan oleh KPDNKK. Peniaga perlulah menjual barang pada harga murah tetapi asli.

“Jika mereka gagal mematuhi syarat yang ditetapkan, terpulang pada mereka berdepan tindakan tegas daripada pihak berkuasa,” katanya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu, Mara akan memastikan semua penyewa dan penjual di Mara Digital terdiri daripada kaum bumiputera.

“Peniaga tidak boleh upah warga asing. Kalau boleh kita mahu anak-anak bumiputera terlibat dalam perniagaan ini dan apa yang membanggakan, setakat ini 100 peratus yang terlibat adalah bumiputera,” ujarnya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger