Home » » Monsoon Cup 2015 : 17 Pasukan Sahkan Penyertaan

Monsoon Cup 2015 : 17 Pasukan Sahkan Penyertaan

Written By aku on Saturday 19 December 2015 | 11:54 am


17 pasukan bakal berentap dalam dua acara berasingan pada Monsoon Cup 2015 yang akan berlangsung pada 25 Disember ini di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Bagi acara Tourism Cup, sembilan kumpulan akan bertanding untuk memenangi piala tersebut manakala untuk Terengganu Monsoon Cup, 8 pasukan terdiri daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO), swasta dan persatuan di Terengganu akan berentap.

Antara kumpulan yang bakal bertanding Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Marine Systems Engineering Terengganu (MSET) dan Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu.

Sepanjang lima hari berlangsung, pelbagai aktiviti lain disediakan kepada penduduk setempat bagi menarik pengunjung hadir.

Aktiviti-aktiviti seperti Pertandingan Fotografi Monsoon, Pertandingan Kenu, Mari Mencuba Rowing, ujian saringan kesihatan serta pameran kesihatan, kempen derma darah, pameran replika bot dan perahu tradisional, Monsoon Art Show, persembahan gamelan dan demonstrasi congkak turut diadakan.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger