Home » » Padah ragut gelang emas

Padah ragut gelang emas

Written By aku on Tuesday 8 December 2015 | 12:59 pm


TUMPAT – Padah meragut seutas gelang tangan emas milik seorang peniaga kedai runcit di Kampung Jubakar Pantai, di sini, Sabtu lalu, seorang lelaki dibelasah orang ramai sehingga berlumuran darah.

Perbuatan suspek berusia 25 tahun disedari oleh orang ramai yang kemudiannya mengejar suspek sehingga ke Kampung Geting, kira-kira 3 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

Suspek melarikan diri menaiki motosikal, kemudiannya bersembunyi di belakang telaga di sebuah rumah penduduk namun nasibnya malang apabila terserempak dengan penghuni rumah yang mahu ke bilik air ketika itu.

Bunyi bising di rumah berkenaan disedari penduduk kampung yang mengejar suspek dan mereka telah mengepung serta memukulnya.

Dalam pada itu, suspek turut mencederakan anggota polis ketika tangkapan dibuat di tempat dia dipukul oleh penduduk kampung berkenaan.

Semasa kejadian ragut, suspek dipercayai telah pergi ke kedai runcit milik mangsa, Aminah Awang, 62, pada kira-kira jam 11.30 malam untuk membeli minyak motosikal.

Suspek secara tiba-tiba memegang tangan mangsa serta meragut gelang tangan emas dipakainya dan mangsa cuba melawan tetapi tidak berjaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 9 Disember.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan curi ragut, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang serta mencedereakan penjawat awam," katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger