Home » » RM5 juta bina wad khas

RM5 juta bina wad khas

Written By aku on Sunday, 27 December 2015 | 1:39 pm


BALIK BUKIT JERTEH - Penduduk daerah ini bakal mendapat perkhidmatan perubatan yang lebih baik apabila sebuah wad khas untuk pembedahan, termasuk untuk ibu bersalin akan dibina di Hospital Besut dengan peruntukan RM5 juta mulai awal tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata, wad kebergantungan tinggi (High Dipendency Wad) itu akan dikendalikan doktor pakar perubatan dalam pelbagai bidang.

Menurutnya, wad khas itu antara rancangan awal untuk menaik taraf hospital menjadi Hospital Pakar yang mampu mengendalikan kes pembedahan pada masa depan.

“Wad HDW setinggi dua tingkat itu akan dibina di sebuah kawasan hospital yang dilengkapi pelbagai peralatan moden.

“Pembinaan wad ini akan mengatasi masalah yang membelenggu penduduk Besut selama ini apabila anak mereka yang dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian Kelantan akibat terpaksa dirujuk ke hospital didaftarkan dilahirkan di Kelantan.

“Apabila wad ini siap kelak, masalah ini dijangka tidak berlaku kerana kelahiran yang bermasalah seperti melibatkan pembedahan sudah boleh dilaksanakan di sini kecuali bagi kes-kes tertentu,” katanya ketika melawat pesakit dan bayi yang baharu dilahirkan di Hospital Besut di sini.

Muhammad Pehimi berkata, apabila wad khas tersebut siap, semua pembedahan dilakukan di Hospital Besut, kecuali yang berkaitan dengan masalah jantung
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger