JERTIH - Seorang kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang hampir pengsan akibat terjatuh semasa beg tangannya diragut seorang lelaki bermotosikal di Jalan Tuan Hitam berhampiran Medan Selera bandar Jertih, di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, mangsa, Nor Azian Aziz atau Khaled, 38, baru keluar dari sebuah pasar raya berhampiran dan menuju ke sebuah kedai lain berdekatan tempat kejadian.
Nor Azian berkata, kejadian berlaku ketika dia berada di tepi jalan berhampiran medan selera untuk melintas jalan ke sebuah kedai yang terletak di seberang jalan.
Menurutnya, secara tiba-tiba beg tangannya tersangkut dicelah perlipatan tangan kanan dan ditarik kuat seorang lelaki bermotosikal menyebabkannya terjatuh di atas jalan raya.
“Keadaan itu turut menyebabkan belakang kiri kepala saya terhentak di atas permukaan tar berkenaan. Saya kesakitan dan kebingungan seolah-olah tidak sedarkan diri
“Saya juga hampir tidak mengenali suami saya,” katanya yang ditemui di kediamannya di Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK) di sini, semalam.
Nor Azian baru sahaja dibenarkan keluar dari wad Pusat Perubatan Kota Bharu (KBMC) kelmarin, selepas mendapatkan rawatan di sana akibat kecederaan dialami.
Kata Nor Azian, ketika kejadian suaminya, yang juga juruterbang TUDM, Mejar Hisham Che Khaled, 45, menunggu di dalam kereta kira-kira 100 meter dari tempat kejadian dan dia tidak dapat melihat kejadian itu kerana kedudukannya terlindung dengan medan selera berkenaan.
Bagaimanapun mangsa bersyukur beg tangannya tidak berjaya dilarikan peragut kerana tidak terlepas dari tangannya berkemungkinan disebabkan tali beg pendek.
“Syukur saya terselamat... malah peragut tidak sempat melarikan beg yang mengandungi wang tunai kira-kira RM300, telefon bimbit dan dokumen penting.
“Kejadian berlaku terlalu pantas sehingga saya tidak perasan peragut tersebut dan tidak melihat bagaimana rupa penjenayah terbabit,” katanya.
Tambahnya, peniaga medan selera dan orang ramai yang berada di situ tampil menghulurkan bantuan namun ketika itu mangsa masih seperti tidak sedarkan diri.
“Suami saya datang ke tempat kejadian selepas dihubungi seorang peniaga di situ menggunakan telefon bimbit saya, sebelum dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan.
“Selepas pulang, saya mendapatkan pemeriksaan sekali lagi di Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) di PUGK dan doktor menasihatkan saya agar mendapatkan rawatan serta pemeriksaan lanjut di KBMC,” katanya.
Jelasnya, selepas pemeriksaan lanjut, dia hanya cedera di bahagian luar kepala sahaja dan tidak ada pendarahan dalaman atau keretakan pada tengkorak.
Bagaimanapun katanya, kesan kesakitan masih terasa menyebabkan dia tidak dapat memusingkan kepala dengan kuat, selain pergerakannya masih perlahan.
“Saya juga trauma dengan kejadian dihadapi sehinggakan pada peringkat awal kejadian, saya sering terkejut ketika tidur dan sekarang saya seperti fobia untuk ke bandar Jertih lagi,” katanya yang turut membuat laporan di Balai Polis Jertih pada hari kejadian.
Memperkenal kan astro Packages Family LITE Mampu Milik Bulanan Hanya Serendah RM 21.20 Termasuk GST Seumur Hidup !!!!
33 Channel Siaran TV Termasuh 2 Channel HD
20 Siaran Redio
Pendaftaran Adalah Percuma !!!
✳ Pemasangan RM 30.00 Bayar Selepas Siap Pasang
Kontrek 2 tahun
❌ Tidak Boleh Tambah Mana Mana Channel Seumur Hidup Kecuali - UPGRATED KE PACKAGES FAMILY PACK
Channel Channel SD
1. Astro Prima
2. Astro Oasis
3. Tutur Tv PMR
4. Tutur Tv UPSR
5. Tutur Tv SPM
6. Astro Vaanavil
7. Astro AEC
8. Astro Makka
9.Astro Awani
10,CCTV 4
11. Bernama TV
12.TV 1 RTM
13.TV 2 RTM
14.TV3
15. NTV7
16.8TV
17.TV9
18.Al - Hijrah TV
19.iView
20.Astro Xion Tai Yang
21.Arab Tv & Radio
22.TVIQ
23.Astro Ceria
24.Zee Tv
25.KBS World
26.Astro Arena
27.CTI Asia
28. Astro Bella
29.Kalaignar TV
30.Astro Shuang Xing
31.TVB Xing He
Channel HD
32.Maya HD
33.Xi Yue HD
HUBUNGI-
whatsapp ke no - 01129206584
whatsapp ke no - 01129206584
Cal & SMS Ke No - 016 652 6632