Home » » Isu kerusi Amanah: Kami bukan parti ‘minta-minta’

Isu kerusi Amanah: Kami bukan parti ‘minta-minta’

Written By aku on Thursday, 21 January 2016 | 1:53 pm


KUALA LUMPUR – “Kami bukan parti minta-minta, sebaliknya perlu berunding bersama (dalam soal perebutan kerusi di Selangor),” demikian ujar Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad.

Beliau berkata demikian ketika diasak persoalan tentang keengganan DAP Selangor memberikan memberikan kerusi di kawasan majoriti pengundi Cina kepada Amanah seperti yang dicadangkan PKR.

Menurut Khalid, Amanah mempunyai kekuatannya yang tersendiri dalam Pakatan Harapan dan masyarakat.

Katanya, kekuatan itulah yang akan digunakan oleh beliau untuk membantu PKR dan DAP untuk memenangi Pilihan Raya Umum akan datang.

”Kita ada kekuatan, kita akan bantu DAP dan PKR untuk memenangi kerusi yang mereka bertanding. DAP ada kekuatan dan pihak mereka akan bantu Amanah dan PKR dalam kedudukan yang diputuskan bersama,” katanya.

DAP Selangor tidak berhasrat memberikan kerusi di kawasan majoriti pengundi Cina yang dimenangi parti itu pada PRU lalu kepada Amanah seperti yang dicadangkan PKR.

Setiausaha Publisiti Negeri, Ng Suee Lim sebaliknya menyifatkan cadangan PKR yang dilaporkan dibuat Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Chang Lih Kang merupakan pandangan semata-mata dan tidak pernah dibincang di peringkat kepimpinan DAP Selangor.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger