Home » » Pelajar Terengganu di Mesir terharu dikunjungi MB

Pelajar Terengganu di Mesir terharu dikunjungi MB

Written By aku on Thursday, 21 January 2016 | 1:02 pm


Pelajar Terengganu di Mesir terharu dikunjungi MB

Kunjungan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan kepimpinan kerajaan negeri ke negara Arab Mesir dan Jordan pada minggu lalu telah mengembirakan pelajar anak Terengganu yang buat pertama kali bertemu dengan pemimpin utama negeri itu.
Salah seorang pelajar Habib Bakri Mamat At-Taranjani yang sedang mengikuti pengajian di Mansoura University di Mesir dalam bidang perubatan melahirkan perasaan gembira dan terharu apabila Dato’ Seri Ahmad Razif sanggup melawat pelajar anak Terengganu yang belajar di sana.
Beliau berharap pertemuan seperti ini dapat diadakan dan diteruskan pada masa akan datang yang jelas merapatkan hubungan ukhuwah sesama anak Terengganu di perantauan.
Dalam lawatan itu, mahasiswa turut dijamukan dengan makanan tradisi Nasi Dagang (T’Dagang) dan keropok lekor (T’Lekor) yang dibawa khas dari Terengganu.
Perjumpaan antara pemimpin dengan pelajar itu telah dibuat dalam satu majlis ramah mesra yang diadakan untuk mengumpul semua anak Terengganu dalam satu tempat di Amman Jordan dan di Cairo Kaherah Mesir.
Ahmad Razif bersama kepimpinan kerajaan negeri telah melawat pelajar Malaysia dari Terengganu yang sedang belajar di Jordan dan Mesir baru-baru ini.
Beliau dibawa meninjau keadaan asrama pelajar dan diberi taklimat mengenai proses pembelajaran pelajar di sana.
Lawatan ini membuktikan kerajaan negeri sentiasa cakna dan mengambil berat tentang kebajikan pelajar termasuk dalam pembelajaran mereka.
Semoga adik-adik pelajar ini pulang dengan membawa kejayaan yang mampu menjulang nama Terengganu dan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Semasa lawatan YAB Dato Seri Haji Ahmad Razif, Menteri Besar Terengganu ke Jordan dan Mesir bersama 991 orang pelajar Terengganu daripada kedua-dua tempat tersebut beliau telah menyampaikan bantuan zakat kepada semua pelajar yang hadir.
Dalam program tersebut terdapat dua keluarga anak Terengganu yang datang berjumpa beliau, keluarga pertama berjumpa dengannya memberitahu bahawa anaknya yang berusia dua tahun mempunyai penyakit kronik iaitu masalah jantung berlubang.
Ahmad Razif berkata ‘Saya kata tiada pilihan, suka tak suka, susah tak senang pun, kita kena bantu.. kerana dia susah, maka saya sudah minta pegawai saya bawa balik dia hantar ke IJN, terus saya minta di bantu anak kecil berusia 2 tahun ini’.
Paling tidak kita dapat menyenangkan hati Keluarganya…
“Tetapi mungkin bagi kita, kenapa kita perlu bantu budak ini, apa kena mengena kita dengan budak ini, mungkin itu yang kita rasa tetapi jika berlaku pada anak kita apa yang kita rasa…? pada masa itu kita terdesak & kita akan buat apa sahaja untuk kita menyelesaikan masalah”
Manakala bagi Keluarga kedua yang berjumpa dengan MB pula menyatakan bahawa dua anak mereka mempunyai masalah penglihatan.
MB telah membuat keputusan untuk membantu keluarga tersebut dan beliau telah mengarahkan kepada pegawai untuk membantu dua orang anak keluarga tersebut dengan memeriksa dengan mana-mana pakar di Mesir.
Beliau mengharapakan agar anak-anak tersebut terbela dan dapat mengharungi kehidupan seperti insan yang lain.
Walaupun ramai yang mengeji dan memfitnah beliau tetapi beliau tetap bersama rakyat, beliau seorang pemimpin yang berjiwa besar dan istiqamah dalam menjaga kebajikan rakyat.
Slogan Kecil bagi kita, besar bagi rakyat adalah bertepatan dengan prinsip dirinya yang begitu peka dengan kehidupan rakyat seharian.
Dato Seri Ahmad Razif, semoga sentiasa di beri kekuatan dalam mentadbir negeri Terengganu.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger