Home » » Tabung Haji nafi alami krisis kewangan

Tabung Haji nafi alami krisis kewangan

Written By aku on Tuesday 26 January 2016 | 11:19 pm


KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan pihaknya mengalami krisis kewangan seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

"Tidak. Ia tidak benar," katanya.

Menurutnya, TH akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi memperjelaskan isu tersebut.

"Tabung Haji akan adakan sidang media," katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, portal berita melaporkan amalan pengagihan dividen dan bonus tidak berhemat TH secara puratanya melebihi keuntungan semasa menyebabkan paras rizab terkumpulnya terus merosot.

Dalam surat bertarikh 23 Disember lalu yang dilaporkan, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata nilai aset TH hanya mencukupi membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti dan memberi amaran ia boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan.

Tahun lalu, Lembaga Tabung Haji mencetuskan kontroversi apabila  membeli tanah 0.64 ha di Tun Razak Exchange (TRX) berharga RM188 juta daripada 1Malaysia Development (1MDB) untuk membangunkan sebuah menara kediaman.

TH dilaporkan membayar 43 kali ganda lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB daripada Putrajaya 5 tahun lalu.

Disebabkan tekanan oleh pelbagai pihak, TH mengambil keputusan untuk menjual tanah tersebut namun tiada sebarang perkembangan mengenai dilaporkan.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger