Home » » Terengganu Surfing Cup sebagai platform promosikan TMT 2017

Terengganu Surfing Cup sebagai platform promosikan TMT 2017

Written By aku on Friday, 22 January 2016 | 12:06 am


Terengganu Surfing Cup bantu promosikan TMT 2017
Kejohanan Terengganu Surfing Cup (TSC) 2016 bakal dijadikan platform untuk menarik pelancong dan persediaan untuk program Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu, YB Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata penganjuran kejohanan ini yang bermula pada 12 hingga 14 Februari 2016 di Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu adalah sebahagian daripada usaha untuk mempromosikan secara agresif sukan luncur ombak di Terengganu.
‘Kerajaan negeri Terengganu akan menganjurkan satu kejohanan sukan sebagai pemulaan kalendar aktiviti pelancongan Terengganu iaitu pertandingan Terengganu Surfing Cup 2016’.
‘Pertandingan ini  diadakan pada 12 hingga 14 Februari 2016 nanti dan lokasi di Pantai Batu Buruk iaitu di belakang Primula Beach Resort’.
‘Penganjuran TSC ini sebagai pemangkin dan pemulaan bagi negeri Terengganu menuju Tahun Melawat Terengganu 2017’.
‘Kita yakin TSC yang melibatkan penyertaan daripada peluncur-peluncur ombak seluruh Malaysia yang dating ke sini akan menyuntik aktiviti pelancongan di negeri ini’.
‘Apa yang menarik TSC akan disertai oleh peluncur ombak nombor satu Negara yang juga berasal dari Kemaman Terengganu iaitu Didaqt Musadiq dan peluncur nombor tiga Negara dari Pulau Redang iaitu Azmi Awang’.
‘Kita mengharapkan supaya pertandingan TSC juga akan menarik lebih ramai lagi peminat sukan air berkunjung menyaksikan acara ini di Pantai Batu Buruk ‘.
‘Dalam tempoh tiga hari tersebut juga akan diadakan klinik belajar meluncur ombak kepada yang berminat dalam sukan ini’.
Beliau berkata demikian ketika sidang media Terengganu Surfing Cup 2016 di Primula Beach Resort Kuala Terengganu petang ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pesona Terengganu, Dato’ Mustafar Khalid.
Menurut Che Ku Zaihan, Terengganu mempunyai lokasi pantai yang amat sesuai untuk sukan luncur ombak ini iaitu termasuk Pantai Batu Buruk, Pantai Merang Setiu dan Pulau Kapas Marang.
Tambahnya , pihak penganjur Sekretariat Pesona Terengganu menyasarkan 130 peserta yang menyertai pertandingan TSC ini yang dibuka kepada peserta Malaysia sahaja dan akan menganjurkan Terengganu Open Surfing Competition yang djangka akan diadakan pada bulan Disember tahun ini yang melibatkan peserta dalam dan luar negara.
Tengku Zaihan menyeru orang ramai datang menyaksikan sukan yang bertaraf antarabangsa ini yang bukan sahaja acara rekreasi tetapi juga melonjakkan aktiviti pelancongan  serta mempromosikan produk keusahawanan penduduk setempat.
Beliau mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada penaja-penaja yang membantu menjayakan TSC seperti Satu, Kementerian Pelancongan Malaysia dan pihak Primula Beach Resort yang juga sebagai lokasi pertandingan serta menawarkan harga promosi penginapan kepada peluncur dan peminat sukan luncur ombak ini.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger