Home » , » Bayi ditemui tanpa pakaian, menggigil tepi masjid

Bayi ditemui tanpa pakaian, menggigil tepi masjid

Written By aku on Friday 26 February 2016 | 4:21 pm


SUBANG JAYA –‎ Seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan tanpa pakaian dan menggigil kesejukan di tepi  longkang berhampiran Masjid Darul Ehsan di SS15, di sini, pagi tadi.

Mangsa yang dikerumuni semut dan masih bertali pusat ditemui seorang tukang cuci warga Indonesia yang bekerja di kolej swasta berdekatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Senior Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya menerima panggilan kira-kira jam 7.20 pagi daripada seorang lelaki yang memaklumkan penemuan bayi tersebut.

Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat seorang bayi dipercayai baru dilahirkan ditinggalkan di tepi jalan belakang kawasan masjid.

Menurutnya, tukang cuci berusia 41 tahun  memaklumkan terdengar tangisan bayi dan cuba mencari arah bunyi sebelum menemui mangsa.

Hasil siasatan awal, bayi seberat 1.78 kilogram ditemui dengan sehelai kain sarung berkemungkinan dilahirkan tidak cukup bulan.

“Terdapat kesan luka dan calar pada kaki kirinya dipercayai terkena batu, ketika ditemui bayi tersebut dalam keadaan sejuk dan menggigil.

“Mangsa sudah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil,”katanya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah dihubungi untuk tindakan lanjut.

Tiada suspek dikenal pasti dan siasatan masih diteruskan dan kes disiasat bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger