Bung Moktar tegur KJ, Lokman 'berperang'
Written By aku on Wednesday, 7 November 2018 | 4:16 pm
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pertelingkahan antara Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang masih belum berakhir mendapat pelbagai reaksi bukan hanya di kalangan rakyat, malah pemimpin parti itu sendiri.
Hari ini menerusi Twitternya, ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Bung Moktar Radin turut tidak ketinggalan membuat teguran terhadap ke dua pemimpin tersebut.
Menurutnya, walaupun setiap individu diberi kebebasan bersuara, namun itu bukan tiket untuk mereka saling kutuk mengutuk antara satu sama lain secara terbuka.
Malah, beliau berkata, apa yang perlu dilakukan untuk Umno buat masa ini adalah memberi fokus sepenuhnya terhadap perancangan yang ditetapkan.
“My dear @khairiKJ_ @LokmanAdam, I know we have freedom of speech, but please stop condemning each other openly in the public. We must focus on our goals,” katanya menerusi akaun Twitternya, hari ini.
Sebelum ini, Khairy berkata, kekalahan BN pada PRU14 adalah berpunca daripada 1MDB sebagai respons terhadap kenyataan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berkata kekalahan BN dalam PRU lalu bukan kerana parti itu tetapi kerana penipuan, fitnah dan janji palsu PH.
Kenyataan Khairy mendapat responds daripada Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam yang mengatakan sekiranya Khairy terus menunding jari mencari kesalahan orang lain maka beliau boleh berhenti bermimpi menjadi Presiden Umno. --sinar--
Labels:
Politik