BERITA TERKINI
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

12:14 pm
JERTIH - Berita gembira buat pesakit katarak di daerah ini khususnya apabila tidak perlu pergi jauh lagi untuk mendapatkan rawatan kerana Hospital Besut terpilih sebagai Pusat Pembedahan Katarak mulai tahun depan.
Pengarah Hospital Besut, Dr Hariza Hussin berkata, pusat tersebut merupakan kerjasama yang berjaya direalisasi hasil kolaborasi dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Menurutnya, ia akan dilancarkan secara rasmi pertengahan tahun depan seterusnya akan dikenali sebagai Pusat Pembedahan Katarak Hospital Kluster Terengganu Utara.
Hospital Besut bersama Hospital Setiu dan Hulu Terengganu dipilih sebagai anak angkat HSNZ dan dari tiga hospital daerah tersebut, pembedahan katarak hanya dilakukan di Hospital Besut selain HSNZ sendiri.
“Doktor pakar HSNZ akan datang ke sini untuk melakukan pembedahan tersebut pada masa yang ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau Karnival Pembedahan Katarak di Dewan Bedah Hospital Besut di sini, pagi semalam.
Hariza berkata, usaha ini akan dapat membantu pesakit menjalani pembedahan katarak tanpa perlu pergi jauh di samping menjimat kos mereka dan masa lebih singkat.
--sinar--
Hospital Besut terpilih sebagai Pusat Pembedahan Katarak
Written By aku on Saturday, 10 November 2018 | 12:14 pm

Labels:
Kesihatan
8:47 am
TEPOH - Orang ramai diingatkan agar memberi penekanan terhadap aspek kebersihan di dalam dan luar rumah bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku pembiakan nyamuk aedes berikutan keadaan cuaca tidak menentu kini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Mohammad Omar berkata, meskipun wabak demam denggi telah mencatatkan penurunan ketara kebelakangan ini, namun langkah awal perlu diambil bagi memastikan pembiakan nyamuk itu dikekang sebaiknya.
“Bagi pihak agensi kerajaan atau jabatan berkaitan, kita telah melancarkan pelbagai kempen bagi memberi kesedaran kepada masyarakat, namun jika ia tidak diamalkan adalah sukar untuk kita menjayakan kempen ini.
“Kes demam denggi mencatatkan 13 kematian sejak November tahun lalu hingga Mac tahun ini, jadi perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.
“Oleh itu, peranan masyarakat amat penting untuk menjayakan usaha memerangi denggi yang telah meragut nyawa dan memberi kesan yang cukup besar kepada ramai pihak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Penyayang Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 2016 di Kolej Kesihatan Awam, Batu Rakit, di sini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Roslee Daud.
Menurut Mohammad lagi, masyarakat terutama yang tinggal di kawasan penempatan padat seperti perumahan perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit sekali seminggu untuk memeriksa kawasan kediaman supaya tiada pembiakan nyamuk.
“Kebanyakan kes demam denggi atau lokasi wabak dikenal pasti berlaku di kawasan penempatan padat dan di kawasan bandar.
"Justeru, semua pihak sama-sama berganding bahu memastikan pembiakan nyamuk aedes dikekang sebaiknya,” katanya.
Waspada kes demam denggi meningkat
Written By aku on Monday, 8 August 2016 | 8:47 am

3:08 pm
Virus Zika Merebak Melalui Hubungan Seks
Written By aku on Wednesday, 3 February 2016 | 3:08 pm
KUALA LUMPUR: Berikutan kes pertama jangkitan virus Zika di Amerika Syarikat pada Selasa, virus tersebut kini dikenalpasti turut merebak menerusi hubungan seks dan bukan gigitan nyamuk.
Menurut Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Wilayah Dallas, pihaknya menerima pengesahan mengenai kes jangkitan virus itu daripada Pusat Kawalan Wabak dan Pencegahan Amerika Syarikat.
Jelas jabatan berkenaan, mangsa dijangkiti menerusi hubungan seks dengan individu yang pernah pergi ke Venezuela.
"Butiran lanjut kes sedang dinilai tapi kemungkinan hubungan seks dari orang yang dijangkiti kepada orang yang tidak dijangkiti hampir pasti ada dalam kes ini,” kata pihak jabatan itu seperti dilapor Reuters.
Semalam, WHO mengisytiharkan kecemasan kesihatan global berikutan penularan virus Zika yang disyaki penyebab utama peningkatan dalam bayi dilahir dengan kecacatan di sekitar Amerika Selatan.
Beberapa laporan media sebelum ini turut menyatakan virus Zika disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes.
http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/593053-virus-zika-merebak-melalui-hubungan-seks.html
Labels:
Kesihatan
12:57 am
KUALA LUMPUR, 2 Feb Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Kementerian Kesihatan supaya mengambil semua langkah pencegahan bagi melindungi rakyat daripada demam denggi dan virus Zika.
Beliau mahu semua pihak termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan rakyat keseluruhannya berganding bahu memerangi nyamuk Aedes, yang merupakan ejen penyebaran kedua-dua penyakit berkenaan.
"Saya sedia maklum mengenai masalah demam denggi di beberapa kawasan dalam negara, dan juga kerisauan mengenai virus Zika yang melanda banyak kawasan di rantau Amerika," katanya dalam entri terkini blog beliau, NajibRazak.com.
Najib berkata pemantauan lebih teliti amat diperlukan memandangkan iklim negara ini sesuai untuk pembiakan nyamuk Aedes.
"Pucuk pangkalnya, kita perlu mencegah serta menghapuskan sumber atau vektor kepada kedua-dua wabak dan virus ini, iaitu nyamuk Aedes. Jangan beri walau sedikit ruang untuk ia membiak," katanya.
Susulan penularan virus Zika, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan virus itu sebagai kejadian kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa (PHEIC).
"...dan sewajarnya kita memandang serius ancaman yang dibawa oleh virus Zika ini," kata beliau.
-- BERNAMA
PM Arah Kementerian Kesihatan Ambil Langkah Cegah Demam Denggi, Virus Zika

7:21 am
Kerajaan negeri menjangkakan sekurang-kurangnya lebih 1,500 rakyat Terengganu akan mendapat manfaaat hasil penubuhan Pejabat Sekretariat Tabung Darul Iman pada 20 Januari lalu dalam tempoh setahun.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof, berkata pihaknya tidak dapat menganggarkan peruntukan bagi tujuan itu kerana setiap kelulusan bergantung kepada kategori permohonan.
“Peruntukan dari kerajaan negeri akan ditambah ke dalam tabung itu dari semasa ke semasa. Selain mendapat dana tambahan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebanyak RM5.1 juta.
“Kerajaan negeri juga sedang berusaha bekerjasama dengan mana-mana syarikat berkaitan kerajaan, syarikat swasta dan orang persendirian yang berminat untuk menyalurkan dana,” katanya ketika dihubungi teganukita, hari ini.
Katanya terdapat dua jenis bantuan yang disediakan iaitu ditimpa musibah seperti ribut, kebakaran, serangan haiwan liar atau penyakit terhadap ternakan atau tanaman.
“Selain itu, bagi pemohon yang ditimpa penyakit kronik, bantuan pembedahan yang memerlukan anggota badan palsu dan pembelian ubat-ubatan yang tiada dalam senarai Kementerian Kesihatan layak dipertimbangkan.
“Jenis bukan bantuan perubatan pula seperti bantuan sara diri tahunan dan bantuan lampin serta susu, juga layak dipohon,” katanya.
Menurutnya, syarat kelayakan, pemohon mestilah rakyat Terengganu atau bermastautin di negeri ini sekurang-kurangnya 10 tahun.
“Diingatkan mana-mana pemohon yang dilindungi insurans perubatan, tidak layak membuat permohonan.
“Tabung Darul Iman merupakan penggabungan daripada tiga tabung sedia ada iaitu Tabung Darul Iman, Tabung Bantuan Penyakit Kronik dan Dana Kebajikan Sosial Perubatan,” katanya.
1,500 Dijangka Dapat Manfaat Tabung Darul Iman
Written By aku on Monday, 25 January 2016 | 7:21 am

8:35 pm
KUALA LUMPUR, 22 Jan — Jenama popular yang menjadi buah mulut ramai Qu Puteh menerima tamparan hebat hari ini apabila Brunei dan Malaysia mengharamkan satu produknya Qu Puteh Whitening Pro 9.
“Produk kosmetik di atas telah diuji dan dikesan mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik.
“Oleh itu, produk kosmetik Qu Puteh Whitening Pro 9 tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia,” kata ketua pengarah kesihatan Malaysia petang ini.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga berkata Kementerian Kesihatan Malaysia menerima aduan kesan buruk daripada pengguna yang mengalami tinnitus (telinga berdesing) dan keguguran rambut setelah menggunakan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block selama lebih kurang tiga bulan.
“Pengguna telah pulih daripada kesan yang dialami apabila berhenti menggunakan produk-produk tersebut.
“Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah membuat persampelan dan menguji produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block.
“Hasil pengujian menunjukkan salah satu produk tersebut iaitu produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri pada paras yang tinggi,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Sementara Brunei pula melarang jualan dua produk kecantikan jenama Qu Puteh selepas Kementerian Kesihatan negara itu mendapati ia mengandungi merkuri atau raksa.
Krim pemutih Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block mengandungi bahan kimia itu setelah diuji Jabatan Perkhidmatan Farmasi Brunei.
Bagaimanapun Qu Puteh Whitening UV Block tidak dilarang di Malaysia.
Berikut kenyataan penuh ketua pengarah kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah:
Produk kosmetik di atas telah diuji dan dikesan mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik. Oleh itu, produk kosmetik Qu Puteh Whitening Pro 9 tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima laporan kesan advers daripada pengguna yang mengalami tinnitus (ringing in the ears) dan keguguran rambut setelah menggunakan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block (NOT151106645K) selama lebih kurang tiga bulan.
Pengguna telah pulih daripada kesan yang dialami apabila berhenti menggunakan produk-produk tersebut.
BPFK telah membuat persampelan dan menguji produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block. Hasil pengujian menunjukkan salah satu produk tersebut iaitu produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri pada paras yang tinggi.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan.
Produk kosmetik tidak boleh mengandungi merkuri kerana ia boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.
Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.
Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.
Bayi dan kanak-kanak kecil berisiko terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut.
Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
Notifikasi produk Qu Puteh Whitening Pro 9 telah dibatalkan dan pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan telah diarahkan untuk memberhentikan penjualan atau pembekalan dengan serta-merta dan memanggilbalik kesemua stok fizikal produk tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.
Sesiapa yang mempunyai stok produk di atas dinasihatkan menghentikan penjualan atau pengedaran atau penggunaan produk tersebut dengan serta-merta.
Penjual adalah diingatkan pemilikan produk-produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.
Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
Pengguna digalakkan untuk melapor kepada BPFK mengenai sebarang kesan sampingan atau kesan advers yang dialami apabila mengguna sesuatu produk kosmetik di talian 03-7801 8496 atau 03-7883 5532 atau melalui emel kosmetik@bpfk.gov.myserta mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar yang segera.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/sebabkan-rambut-gugur-krim-qu-puteh-diharamkan-di-malaysia#sthash.WWUfEuKo.dpuf
Brunei dan Malaysia mengharamkan satu produknya Qu Puteh Whitening Pro 9
Written By aku on Friday, 22 January 2016 | 8:35 pm

12:23 am
Sebanyak 40 pasukan khas dikerah ke kawasan lokaliti untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes ekoran penularan wabak denggi yang semakin meningkat di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata pasukan yang terdiri daripada 30 pasukan dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan 10 pasukan dari Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) itu mula turun padang sejak akhir bulan lepas.
“Mereka membuat semburan, mengenal pasti kawasan berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dan mencari mereka yang demam di kawasan perumahan atau kampung tetapi masih tidak pergi membuat pemeriksaan di hospital,” katanya.
Beliau berkata selepas menziarahi keluarga mangsa ketiga yang maut akibat denggi di Kampung Tanjung Paya, Kuala Terengganu hari ini yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohamad Omar.
Setakat ini, terdapat 141 kes demam denggi dengan tiga kematian dilaporkan di seluruh Terengganu dan masih ada 104 pesakit yang sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Mengulas mengenai peningkatan kemasukan pesakit denggi di HSNZ ketika ini, Muhammad Pehimi berkata beliau dimaklumkan cuti untuk semua staf klinikal di hospital itu telah pun dibekukan sejak wabak bermula akhir bulan lalu.
“Disebabkan kekurangan staf juga, HSNZ telah mendapatkan bantuan daripada pelajar perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin dan Kolej Kejururawatan untuk membantu membuat pemeriksaan terhadap pesakit denggi.
“Namun, mereka hanya membantu tugasan yang ringan seperti memeriksa tekanan darah dan mengambil darah pesakit sahaja,” katanya.
40 Pasukan Khas Turun Padang Musnahkan Tempat Pembiakan Aedes
Written By aku on Wednesday, 13 January 2016 | 12:23 am

7:33 am
KUALA TERENGGANU - Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) yang dibina di Batu Burok, dengan kos RM184 juta bakal memulakan operasinya Oktober ini.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata bangunan setinggi lapan tingkat yang didirikan di atas tanah seluas 8.4 ekar itu telah siap hampir 97 peratus dan ia akan menggantikan Hospital KTS lama di Jalan Kamaruddin, di sini.
Beliau berkata dengan adanya hospital pakar yang dilengkapi peralatan moden dan canggih, rakyat Terengganu tidak perlu lagi mendapatkan rawatan pakar di luar Terengganu sekali gus dapat mengurangkan kesesakkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
"Apabila mula beroperasi kelak, hospital KTS ini akan menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan lebih komprehensif dan mampu menampung lebih ramai pesakit dengan lebih banyak klinik pakar dengan teknologi terkini serta kemudahan moden.
"Kini mereka mempunyai lebih pilihan untuk mendapatkan rawatan dan bagi mereka yang berkemampuan mungkin boleh mendapatkan rawatan dan kemudahan di hospital baharu ini. Kita juga harap dapat menyelesaikan isu kesesakan yang berlaku di HSNZ," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di hospital tersebut, hari ini.
Tambah Ahmad Razif, antara kemudahan yang disediakan di hospital itu ialah sebanyak 130 buah katil pesakit, lima buah dewan bedah, lima buah bilik bersalin, satu makmal ujikaji, satu unit rawatan rapi dengan 12 buah katil, satu unit rawatan rapi bayi dengan 19 buah katil dan 25 klinik.
Katanya dengan pembinaan hospital baharu tersebut juga, banyak peluang pekerjaan dapat mewujudkan.
"Di samping itu, mereka juga dapat menimba kemahiran dan pengalaman melalui latihan dalam pelbagai bidang perubatan yang disediakan di hospital ini,"
katanya.
Hospital KTS adalah milik anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad dan hospital yang sedia ada sekarang hanya mempunyai 33 buah katil dan tidak mampu untuk menampung pertambahan bilangan pesakit.
Selain di Terengganu, TDM Berhad turut memiliki tiga lagi hospital iaitu Kuantan Medical Centre (KMC) di Pahang, Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) dan Taman Desa Medical Centre (TDMC) di Lembah Klang. - Bernama
Hospital pakar Terengganu bakal beroperasi Oktober ini
Written By aku on Monday, 11 January 2016 | 7:33 am

6:55 am
Kerajaan negeri mengingatkan setiap Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung (JKKK) di negeri ini menggerakkan program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) dalam usaha menangani masalah demam denggi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof, berkata pihaknya menyasarkan satu Combi bagi satu JKKK dalam usaha membanteras penularan wabak denggi yang dikatakan semakin serius terutama di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Katanya, sebanyak 83 JKKK daripada keseluruhan jawaatankuasa itu di negeri ini sudah mewujudkan COMBI dan 19 daripada jumlah itu membabitkan JKKK sekitar Kuala Terengganu.
“Kerajaan serius mahu menangani wabak denggi kerana tidak mahu lebih ramai penduduk yang akan menjadi mangsa.
“Berdasarkan rekod Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT ) dalam tempoh sepuluh hari tahun ini, sebanyak 108 kes dan dua daripadanya meninggal dunia. Jumlah itu diloporkan paling tinggi sejak 2011,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat keluarga arwah Anisah Mustafa, 49, di Kampung Panji Alam, Kuala Terengganu, hari ini, mangsa terbaru akibat demam denggi yang meninggal dunia kira-kira jam 10.20 pagi semalam.
Muhammad Pehemi memberitahu, penduduk terutama kawasan yang dikenalpasti berwabak perlu berkerjasama bergotong royong membersihkan kawasan masing-masing sekurang-kurangnya sekali seminggu.Buang sikap mementingkan diri sendiri, memikirkan pangkat dan juga fahaman politik.
“Kita bimbang situasi ini akan berlarutan dengan perubahan cuaca hujan diselangi panas, sekiranya terus mengambil sikap berdiam diri,” katanya.
Saran JKKK Tubuh Combi, Banteras Wabak Denggi

1:58 pm
Apakah yang anda harus lakukan jika dipatuk/digigit ular atau apabila anda syak anda dipatuk ular?
1. Pertama sekali anda mestilah bertenang. Jangan panik! Pastikan anda menjauhi ular tersebut dan cari tempat yang selamat. JANGAN PANIK! Hanya 18 dari 140 spesies ular Malaysia yang berbisa! Dan jika pun anda dipatuk oleh ular yang berbisa tidak semestinya ia menyebabkan kematian kerana majoriti dari gigitan ular adalah 'dry bites'.
2. Pada masa yang sama, cuba cam kan rupa, ciri2 dan warna ular tersebut bagi tujuan pengesahan spesies di hospital nanti. Di era moden ini, sila ambil gambar ular tersebut dgn smart phone (jenama mesin basuh pun boleh, tak semestinya iPhone
wink emoticon
3. Jangan mengikut adegan dalam cerita Hindi atau Tamil dengan memotong atau menghisap tempat gigitan ular tersebut! Ia sama sekali tidak membantu malah boleh menyebabkan kecederaan tisu menjadi lebih teruk! Juga boleh menyebabkan bisa ular merebak dgn lebih cepat di dalam tubuh pesakit akibat dikolom ganas oleh anda
wink emoticon
. Bisa ular di dalam badan mangsa akan segera merebak ke dalam saluran limfa dan adalah mustahil utk manusia menyedutnya semula.
4. Dapatkan bantuan segera. Anda boleh membuat panggilan kecemasan ke talian 999 untuk tujuan ini. Jika anda mempunyai rakan atau saudara dan tidak mahu menunggu, segera pergi ke hospital terdekat dengan anda.
5. Kurangkan pergerakkan pada anggota yg dipatuk ular. Memasang anduh atau splint utk mengurangkan pergerakkan adalah amat membantu.
6. Jangan ikat atau pasang torniquet pada anggota badan yg dipatuk ular! Ia tidak membantu merencatkan penyebaran bisa ular. Malah ia menambahkan kesakitan dan jika dibiarkan terlalu lama boleh merosakkan anggota yg terlibat akibat sekatan bekalan darah!
7. Kurangkan pergerakkan mangsa seminima yg boleh. Kekal bertenang sepanjang masa. Ini adalah penting kerana degupan jantung yg laju dan pergerakkan badan yg keterlaluan akan menyebabkan merebaknya bisa lebih pantas dan mungkin menyebabkan ganguan sistemik. Atas sebab ini juga elakkan pesakit terdedah kepada agen2 yg boleh mempercepatkan degupan jantung seperti minum kopi, minuman beralkohol dan rokok.
8. Cuci luka patukan ular itu dengan air yang bersih tanpa menyental atau menggosok2 lukanya. Juga, anggota yg dipatuk ular berkemungkinan akan bengkak akibat bisa ular tersebut. Oleh itu tanggalkan cincin, jam tangan, gelang dll yang mungkin akan tersangkut kelak akibat bengkak yg keterlaluan. Ini juga akan mengganggu pengaliran darah.
9. Jika ular sudah dibunuh, boleh bawa bangkai ular tersebut ke hospital bagi tujuan pengecaman spesies. Ini adalah penting bagi memastikan anti-venom yg tepat dapat diberikan seandainya perlu.
Harus diingat, berhati2 menguruskan bangkai ular tersebut. Walau ia telah mati, kita masih boleh terdedah kepada bisanya seandainya jari kita tertusuk pada taring ular tersebut.
10. Rawatan lanjut akan diberi oleh Pakar Perubatan Kecemasan di Hospital anda.
11. Tidak semestinya setiap gigitan ular memerlukan ubat Antivenom!
DIGIGIT ULAR TIDAK BERMAKNA WAJIB MENERIMA ANTIVENOM!!!
12. Antivenom perlu diberikan hanya pada kes2 yg memenuhi kriteria ketat envenomasi (systemic atau severe local). Ini adalah kerana antivenom itu sendiri mempunyai risiko komplikasi dan kesan sampingan terhadap pesakit dan tidak boleh diberikan sebarangan.
13. Keputusan memberikan ubat antivenom ini hanya akan dilakukan oleh Pakar Perubatan Kecemasan setelah dinilai dengan teliti berdasarkan ilmu dan pengalaman mereka bagi mengurangkan risiko seminima mungkin buat mangsa gigitan ular.
#KESIMPULAN:
1. Cuba utk sentiasa bertenang jika digigit ular.
2. Kurangkan pergerakkan seminima mungkin. Pasang anduh jika perlu.
3. Dapatkan bantuan segera utk ke hospital. HUBUNGI 999 tanpa segan silu.
4. Sila cam kan rupa ular bagi tujuan pengesahan spesies di hospital untuk memudahkan strategi rawatan. Setiap jabatan kecemasan akan mempunyai album dengan galeri gambar ular bagi memudahkan pesakit mengecam jenis ular yg menggigit mereka.
5. Kaedah merawat gigitan ular memang mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Pemerhatian utk kesan envenomasi secara teliti adalah amat mustahak. Jika anda menunggu lama dan mahukan penjelasan sila bertanya kepada doktor atau kakitangan yg bertugas.
p/s:
APA YANG ANDA JANGAN LAKUKAN:
Tolong jangan berselfie ketika mengambil gambar ular tersebut.
Sumber :
Dr Abdul Rahman Abdul Kadir
Pakar Perubatan Kecemasan
------------------------------
Bagi Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang bertugas sebagai "first responder" dan merespon kes "snake bite" ilmu mengenai perkara ini amatlah perlu kerana ia nya bukan sahaja untuk keselamatan mangsa malah untuk keselamatan diri sendiri. Apa yang perlu di lakukan ialah, perlu balik kepada "algorithm" menyelamat DRABCD di mana PPP perlu pastikan kawasan persekitaran tersebut selamat dan pastikan pesakit bernafas dan mempunyai denyutan nadi. Jangan sesekali "torniquet" (mengikat) anggota yang terkena dan jika orang awam sudah "torniquet" jangan buka sehingga sampai ke Jabatan Kecemasan & Trauma. Tambahan lagi, sebarang bentuk IM injection termasuk "pain killer" merupakan kontraindikasi bagi perkara ini kecuali atas pertimbangan Pakar dan Pegawai Perubatan Kecemasan.
-HBR-
TIPS TIPS PERLU DI AMBIL APABILA ANDA DI PATUK ULAR
Written By aku on Sunday, 10 January 2016 | 1:58 pm

8:18 am
KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional (BN) komited untuk menyediakan perubatan dan rawatan berkualiti pada kadar yang rendah untuk rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang besar setiap tahun sebagai bantuan perubatan dan kos pembelian mesin hemodialisis di hospital-hospital kerajaan.
"Dalam bajet tahunan yang saya bentangkan beberapa tahun ini, kerajaan memastikan bahawa kebajikan pesakit terjamin terutamanya mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kerosakan buah pinggang," katanya dalam catatan terbaru di laman Facebooknya semalam.
Dalam tinjauan pelaksanaan bajet negara di Hospital Shah Alam semalam. Najib mengambil kesempatan untuk melawat unit hemodialisis di hospital itu yang dapat memanfaatkan 78 pesakit buah pinggang setiap minggu dengan 20 buah mesin
hemodialisis yang baharu.
Hospital itu akan memulakan perkhidmatan pesakit mulai Januari 2016 dan dapat mengurangkan kebergantungan serta kesesakan di hospital-hospital lain seperti Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pesakit yang memerlukan rawatan hemodialisis kini hanya perlu membayar RM13 untuk setiap sesi di mana-mana hospital kerajaan berbanding caj perkhidmatan swasta pula adalah antara RM200 hingga RM250.
Beliau berkata hospital kerajaan tidak mengenakan caj konsultasi kepakaran dan menetapkan kadar yang rendah untuk perubatan dan perkhidmatan lain berbanding caj perkhidmatan swasta.
"Kerajaan tetap prihatin dan membantu rakyat yang memerlukan," katanya di dalan entri itu yang turut memaparkan beberapa keping gambar ketika mendengar taklimat oleh pengarah hospital, Dr Hasni Hanapi dan meluangkan masa berbual mesra bersama doktor-doktor pakar di hospital itu.
"Bagi sesiapa yang memerlukan perkhidmatan wad seperti wanita bersalin, caj katil hanya antara RM3 hingga RM80 satu malam di hospital-hospital kerajaan seperti Hospital Shah Alam.
"Jumlah kos hanya antara RM13 hingga RM390 di hospital kerajaan. Bandingkan dengan kos di hospital swasta sekurang-kurangnya 11 kali ganda," katanya yang juga memaparkan slaid gambar mengenai kos itu di entri berkenaan.
Dalam tinjauan itu, Najib berkata, Ketua Jabatan Farmasi Pakar Hospital Shah Alam juga menerangkan perbezaan kos ubat-ubatan antara hospital swasta dan kerajaan dan perubatan di hospital kerajaan adalah percuma.
Di samping itu, katanya beliau juga mendapat penerangan kesan pengenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar ke atas semua jenis Ubat Terkawal di bawah senarai Racun Kumpulan A, B, C dan D yang diumumkan dalam Bajet baru-baru ini.
"Ini melibatkan peningkatan dua kali ganda, dari 4,215 kepada 8,630 jenama ubat," kata Perdana Menteri yang turut meminta doktor pakar supaya meneruskan usaha murni dalam memberi rawatan kepada mereka yang memerlukan. - Bernama
Komited sedia khidmat perubatan berkualiti
Written By aku on Thursday, 5 November 2015 | 8:18 am

6:45 am
Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan akan melancarkan operasi merampas perisa vape atau rokok elektronik yang mengandungi nikotin dalam pasaran.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam menegaskan, tindakan itu dibuat di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983.
"Penjualan perisa yang mengandungi nikotin tanpa lesen adalah salah di sisi undang-undang.
"Kita akan bertindak tegas. Rakyat Malaysia sepatutnya menghirup udara segar bukan vape," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Makan Secara Sihat Sempena Deepavali di sini, petang tadi.
Kerajaan sebelum ini membuat keputusan tidak mengharamkan penggunaan vape.
Kementerian Kesihatan pula melancarkan kempen kesedaran berkaitan keburukan vape di seluruh negara.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90369#sthash.Lk3xAXhC.dpuf
Rampas perisa vape mengandungi nikotin
Written By aku on Wednesday, 4 November 2015 | 6:45 am
Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan akan melancarkan operasi merampas perisa vape atau rokok elektronik yang mengandungi nikotin dalam pasaran.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam menegaskan, tindakan itu dibuat di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983.
"Penjualan perisa yang mengandungi nikotin tanpa lesen adalah salah di sisi undang-undang.
"Kita akan bertindak tegas. Rakyat Malaysia sepatutnya menghirup udara segar bukan vape," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Makan Secara Sihat Sempena Deepavali di sini, petang tadi.
Kerajaan sebelum ini membuat keputusan tidak mengharamkan penggunaan vape.
Kementerian Kesihatan pula melancarkan kempen kesedaran berkaitan keburukan vape di seluruh negara.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90369#sthash.Lk3xAXhC.dpuf
Labels:
Kesihatan
6:23 am
Kesedaran menjaga kebersihan tempat tinggal merupakan perkara asas bagi memastikan kawasan berisiko tinggi pembiakan nyamuk aedes dapat dihapuskan secara berkesan.
Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Noriah Mahmud berkata, bagi menangani kes demam denggi, penduduk tidak perlu mengadakan gotong-royong setiap masa tetapi setiap penghuni perlu memeriksa tempat berisi air bertakung dalam atau luar rumah.
“Selain itu, Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku (Combi) di bawah Kementerian Kesihatan yang dilaksanakan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) merupakan langkah terbaik bagi memberikan kesedaran dan usaha pencegahan mengenai denggi kepada penduduk.
“Combi boleh di laksanakan dengan kerjasama J3k di setiap kampung bagi memastikan tempat pembiakkan nyamuk aedes dapat di hapuskan melalui gotong royong,” katanya ditemui pada Program Gotong Royong Bebas Aedes Peringkat Daerah Hulu Terengganu di Perkarangan Masjid Kampung Pauh ,Telemong.
Majlis itu di rasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Rozi Mamat yang juga ADUN Telemong.
Sementara itu, Rozi berkata, peningkatan jumlah kes demam denggi didorong oleh sikap masyarakat yang mengabaikan faktor kebersihan dan mengambil mudah tempat-tempat pembiakan aedes.
“Masyarakat tidak hanya boleh mengharapkan kepada pihak kerajaan sahaja untuk membendung masalah denggi ini, sebaliknya perlu ada kesedaran dalam diri mereka.
“Kerajaan boleh berusaha untuk bersihkannya tetapi kerjasama daripada rakyat perlu ada, barulah masalah ini dapat diselesaikan,” katanya.
Sebanyak 40 kes di laporkan di Daerah Hulu Terengganu bermula Januari 2015 dengan satu kematian di bulan Jun baru-baru ini berbanding 76 kes pada tahun lepas.
Tingkat Tahap Kebersihan Cegah Denggi

2:24 am
Masalah rambut gugur, jarang dan kering sering menghantui tidak kira lelaki atau perempuan. Situasi itu menyebabkan kurang keyakinan diri serta mengganggu penampilan.
Kadar pertumbuhan rambut yang kurang, selain masalah rambut gugur berkait rapat dengan faktor genetik, kaedah penjagaannya dan emosi.
Malah, persepsi masyarakat mengenai rambut bermasalah seperti botak hanya menyerang golongan usia 40-an juga adalah tidak benar kerana hakikatnya mereka yang berusia 20-an juga mengalami masalah sama.
Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), Dr Steven Chow berkata, masalah ini dikenali sebagai Androgenetic Alopecia atau AGA.
Menurutnya, AGA disebabkan oleh pola keguguran rambut lelaki yang berkaitan dengan tahap hormon dalam tubuh. Penyakit ini, katanya, bercirikan rambut yang semakin jarang, bermula di bahagian pelipis atau mercu kepala atau kedua-duanya sekali. Jika tidak dirawat, AGA akan melarat dan rambut pada pelipis semakin menyusut.
“Sejambul rambut akan tinggal pada bahagian hadapan dan kawasan botak di mercu kepala pula semakin membesar. Akhirnya, kawasan rambut gugur di bahagian hadapan dan mercu kepala bertemu serta menyebabkan bahagian atas kepala botak.
“Pada keadaan ini yang tinggal hanyalah rambut di bahagian sisi dan belakang kepala,” katanya, ketika ditemui pada majlis pelancaran Biothymus AC Active di ibu negara, baru-baru ini.
Menurutnya, AGA terjadi disebabkan interaksi hormon terhadap kulit kepala lelaki yang mempunyai risiko genetik dan akhirnya menjejaskan kitaran pertumbuhan rambut normal.
“AGA sering kali dihidap golongan lelaki berusia lebih 25 tahun. Masalah dikesan apabila kitaran pertumbuhan rambut menjadi lebih singkat. Rambut akan gugur sebelum sempat menjadi panjang dan tebal.
“Perubahan terjadi pada pertumbuhan rambut akibat interaksi antara hormon testosteron dengan enzim 5 alfa reduktase (5aR) yang menyebabkan AGA.
“Apabila pertumbuhan rambut tidak memadai, rambut mula menjadi jarang dengan ketara secara keseluruhannya dan kawasan itu lama kelamaan berkembang dan mengakibatkan masalah kepala botak,” katanya.
Mengulas lebih lanjut, beliau berkata, terdapat tiga peringkat kitaran pertumbuhan rambut yang normal iaitu anagen (pertumbuhan), katagen (berehat) dan telogen (pertumbuhan semula).
“Pada peringkat anagen, keadaan menunjukkan proses rambut baru tumbuh daripada dasar folikel. Fasa ini lazimnya berlangsung selama beberapa tahun untuk menghasilkan rambut yang tumbuh sepenuhnya.
“Tahap katagen, kata beliau, menyaksikan rambut berhenti daripada tumbuh, manakala akar rambut mengecut. Dasar folikel akan berkecai dan rambut bergerak naik di dalam folikel, menjauhi akar serta salur darah yang membekalkan rambut dengan khasiat.
“Untuk peringkat telogen, rambut yang kini matang hanya terikat secara longgar pada akar rambut. Rambut ini pula kebiasaannya gugur selepas beberapa bulan atau ditolak keluar oleh rambut seterusnya yang tumbuh dari bahagian bawah,” katanya.
Lazimnya, kira-kira 30 peratus lelaki yang berusia 30 tahun dan 50 peratus lelaki berusia 50 tahun akan mengalami keguguran rambut.
Menurutnya, faktor lain menyebabkan AGA adalah jantina, sejarah keluarga dan tekanan jiwa. Lelaki pada umumnya lebih mengalami keguguran rambut kerana mereka banyak menghasilkan testosteron.
“Seseorang itu juga akan lebih cenderung menghidap AGA jika sebelum ini ahli keluarga seperti ayah, bapa saudara dan datuk pernah mengalaminya.
“Tekanan jiwa yang kronik boleh mempercepatkan AGA yang tidak dapat dielakkan ini, manakala keguguran rambut berterusan boleh mengakibatkan kesan psikologi serius terhadap sesetengah lelaki,” katanya.
Panduan penjagaan rambut
- Cuci rambut - Rutin terbaik mencuci rambut adalah dua atau tiga hari sekali. Paling penting, pilihlah syampu yang sesuai dengan rambut. Tidak seharusnya mahal. Pilih syampu yang boleh membuatkan kulit kepala bersih dan menjadikan rambut sihat.
- Elak guna pengering rambut - Kerap menggunakan pengering rambut membuatkan rambut kelihatan kusam. Jika tidak mempunyai pilihan, gunakan pada suhu tinggi untuk mempercepatkan proses pengeringan bagi mengelakkan rambut mudah rosak.
- Longgarkan ikatan rambut - Jangan ikat rambut terlalu ketat kerana ikatan berkenaan memberikan tekanan kepada kulit kepala. Longgarkan ikatan supaya lebih selesa selain mengurangkan masalah keguguran rambut.
- Mengeringkan rambut - Elak mengikat rambut ketika masih basah dan kemudian terus menyarungkan tudung bagi memastikan kulit kepala kamu tidak ‘tebal’ dengan kelemumur. Kamu boleh mencuci pada waktu malam bagi membiarkan rambut kering dengan sendiri.
- Fabrik tudung - Penggunaan tudung daripada material kapas sangat disarankan kerana membolehkan pengaliran udara keluar dan masuk. Elakkan memakai tudung berlapis-lapis ketika beriadah. Ini kerana semakin tebal tudung, sukar kulit kepala untuk bernafas.
- Elak gosok rambut secara kasar - Ketika mengeringkan rambut dengan tuala, gosok secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan kering sendiri. Dengan itu, kamu dapat mengelakkan rambut mudah putus atau gugur.
- Rawat rambut - Memakai tudung boleh menimbulkan bau yang tidak enak pada rambut kerana faktor kelembapan. Oleh itu, rawatlah mahkota kamu itu dengan ramuan rempah-ratus sebulan sekali supaya mengekalkan keharuman rambutmu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/89767#sthash.nFkT3wQV.dpuf
Interaksi hormon di kulit kepala
Written By aku on Tuesday, 3 November 2015 | 2:24 am

12:02 pm
JANGAN sampai salah langkah!
Makanan tambahan kolagen semakin mendapat tempat di hati masyarakat memandangkan khasiatnya dikatakan mampu mengembalikan keanjalan dan mencerahkan kulit.
Namun, tahukah bahawa kolagen boleh menjadi pembunuh dalam senyap?
Di pasaran, terdapat pelbagai produk dengan kandungan kolagen yang dijual sehingga 20,000Mg.
Pengambilan kolagen dalam kuantiti banyak boleh memberikan kesan kepada fungsi hati dan buah pinggang yang akan menyebabkan kegagalan kepada fungsi kedua-dua organ penting ini.
Pastikan, jangan tersalah langkah, lihat dahulu kondisi kandungan dan lebih penting dapat nasihat daripada pakar.
PPIM terima aduan pengguna
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan mengenai produk makanan tambahan seperti kolagen yang dibeli tidak memberikan hasil seperti dijanjikan.
Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, keadaan itu seolah-olah menipu pengguna untuk membeli produk tersebut.
“Pada kebiasaannya harga untuk produk kolagen itu mencecah ratusan ringgit dengan menjanjikan bahawa ia akan memberikan hasil menakjubkan.
“Tetapi ada yang datang kepada kami menyatakan mereka ditipu setelah membelanjakan ratusan ringgit, tetapi hasil yang diperoleh tidak memuaskan,” katanya.
Menurutnya, tidak semua pengeluar produk makanan tambahan menipu pengguna sebaliknya ada segelintir cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah.
“Mereka (pengeluar produk) perlu wujudkan satu persatuan dalam kalangan mereka supaya wujud etika dalam setiap pengeluaran produk dan tidak mengambil kesempatan menjual dengan harga tinggi.
“Terdapat juga pengeluar produk berasaskan krim kolagen meletakkan bahan yang merbahaya. Memang akan nampak kesan positif tetapi untuk jangka masa panjang ia akan menyebabkan masalah kulit,” katanya.
Katanya, pengguna perlu peka dengan kandungan dalam makanan tambahan diambil dan tidak terlalu mempercayai promosi yang dibuat syarikat pengeluaran produk makanan tambahan.
“Kadang-kadang yang datang untuk jual produk itu adalah rakan-rakan sendiri ataupun daripada kalangan keluarga sendiri yang menjual produk.
“Pengguna perlu tahu sesuatu produk sesuai atau tidak sebelum membelinya walaupun yang menjual adalah kenalan kita sendiri,” katanya.
Rosakkan organ dalaman
MAKANAN tambahan seperti kolagen jika diambil secara berlebihan bakal mengundang risiko terhadap sistem dalam badan.
Pakar Toksikologi, Keselamatan dan Terapi Makanan Jabatan Sains Nutrisi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Norazlanshah Hazali berkata, kesan pengambilan kolagen tanpa had tidak akan dilihat serta-merta sebaliknya, pada jangka masa panjang jika digunakan secara berterusan.
“Apabila produk dengan kandungan kolagen masuk dalam badan, ia akan diproses di hati dan dipecahkan kepada molekul kecil.
“Jika diambil berlebihan, ia memberikan beban kepada hati yang perlu bekerja keras memproses bahan tersebut,” katanya.
Katanya, selepas selesai proses di hati, kolagen akan diangkut dalam darah untuk dihantar ke seluruh badan.
“Kolagen akan diuraikan kepada asid amino dan diangkut melalui darah ke kawasan diperlukan seperti otot dan kulit.
“Lebihan kolagen pula tidak boleh disimpan di dalam badan sebaliknya perlu dikumuhkan keluar melalui air kencing dan najis,” katanya.
Katanya, pengguna berisiko mengalami kerosakan sel hati.
“Suplemen ini tidak mengandungi kolagen semata-mata, tetapi berkemungkinan ada pengawet digunakan bagi memastikan produk itu stabil,” katanya.
Dr Norazlanshah berkata, proses ini berlaku di buah pinggang dan jika dikumuhkan secara berlebihan, sel buah pinggang akan rosak dalam jangka masa panjang.
Beliau menasihati pengguna supaya mendapatkan konsultasi daripada pakar perubatan sebelum mengambil kuantiti kolagen yang sesuai.
“Daripada segi kuantiti kolagen, biasanya wanita memerlukan lebih berbanding lelaki kerana ia mudah dicerna dalam tubuh,” katanya.
Katanya, pembaziran berlaku jika badan tidak memerlukan banyak kolagen tetapi ia diambil tanpa mendapatkan sebarang nasihat pakar.
“Sekiranya ingin mencuba kolagen, pengguna perlu menyedari industri suplemen ini tidak dipantau. Kandungan kolagen dan keberkesanan sesuatu produk sukar diketahui.
“Dari sudut perubatan, pengambilan kolagen sebenarnya adalah suntikan yang bukan melalui salur darah tetapi dimasukkan di bawah lapisan kulit (filler),” katanya.
Rumpai laut tidak mengandungi kolagen
RUMPAI laut yang dibungkus di pasaran dengan label menarik seperti ‘marin kolagen’, 'ibu kolagen' atau ‘kolagen mentah’ sebenarnya tidak mengandungi kolagen.
Herbalis, Bahrain Samah berkata, setakat ini tiada sebarang kajian sains dilaporkan dalam jurnal terkemuka menunjukkan rumpai laut dari mana asalnya didapati mengandungi kolagen.
“Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan sama ada bertulang belakang atau tiada tulang belakang.
"Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein,” katanya.
Menurutnya, protein memiliki sifat-sifat kimia dan fizikal, menepati sifat kolagen barulah boleh dipanggil sebagai kolagen.
“Kenyataan rumpai laut mengandungi kolagen semata-mata kerana terdapat protein di dalamnya adalah tidak tepat," katanya.
Katanya, istilah kolagen menarik perhatian orang ramai kerana mereka mengetahui bahawa kolagen merupakan sejenis protein penting kepada tubuh.
"Lebih kurang 30 peratus daripada keseluruhan protein dalam tubuh manusia adalah kolagen," katanya.
Tambahnya, ramai wanita mengamalkan pengambilan gel rumpai laut kerana percaya ia mengandungi kolagen.
“Pengambilan pada dos sesuai dan konsisten boleh menghasilkan kesan positif terutama pada kesihatan kulit.
"Jika tidak terdapat kolagen adakah kandungan protein dalam rumpai laut membantu mencantikkan kulit dan membantu proses awet muda? Jawapannya ialah paras protein rendah dalam pengambilan harian gel rumpai laut dipercayai tidak memenuhi keperluan asas tubuh untuk membina dan memulihara pelbagai jenis protein,” katanya.
Bergantung pada badan
KEBERKESANAN produk kolagen bergantung kepada keupayaan badan untuk menyerapnya.
Pakar Kulit Poliklinik Dr Suraya, Dr Suraya Sudin berkata, kandungan kolagen tinggi dalam produk di pasaran tidak menjamin keberkesanan produk itu.
“Pada usia 40 tahun, kolagen semakin berkurangan dan perlu ada pengganti. Kerana itu ramai yang mengambil produk tambahan,” katanya.
Produk kolagen terdapat di pasaran berfungsi mencantikkan kulit.
"Vitamin C perlu dititikberatkan dalam menghasilkan kembali kolagen kepada badan. Ada produk mengandungi 20,000Mg kolagen untuk setiap penggunaan.
"Jumlah tinggi tidak menjamin hasil yang bakal diperoleh. Pengguna perlu cuba dan melihat hasilnya sendiri," katanya.
Beliau berkata, tiada kesan juga mungkin disebabkan ia adalah kolagen tiruan atau tidak sesuai dengan tubuh badan seseorang.
"Kolagen disuntik lebih diyakini berkesan kerana ia diserap kulit. Pastikan ia asli supaya tidak memudaratkan kesihatan," katanya.
Jelasnya, pengambilan kafein bersama kolagen juga antara penyebab ia tidak berkesan pada tubuh.
“Bukan tidak boleh minum kafein, cuma itu antara faktor menyebabkan kolagen cepat hilang. Jika ambil gula yang banyak boleh kurangkan kolagen.
“Asap rokok dan cahaya matahari terik juga menyebabkan kolagen pecah dan terurai,” katanya.
Saran penggunaan pada kuantiti betul
Pen gguna seharusnya tidak mengambil makanan tambahan seperti kolagen dalam kuantiti banyak. Peniaga makanan tambahan kolagen, Wan Hidayah Omar, 32 berkata, pengguna seharusnya mengikut sukatan yang di tulis pada pembalut produk.
“Saya sentiasa menasihati pelanggan supaya mengamalkan makanan tambahan mengikut kuantiti ditetapkan.
“Jangan kerana hendak cepat cantik, soal kesihatan diabaikan. Sesuatu produk perlu mengambil masa tertentu supaya ia boleh memberikan kesan kepada badan,” katanya.
Menurutnya, walaupun pengguna makan kolagen dalam kuantiti banyak, ia tetap diserap pada kuantiti tertentu yang diperlukan tubuh.
“Perkara paling penting adalah minum air pada kuantiti banyak selepas makan kolagen itu,” katanya. Dia juga menasihati pelanggannya supaya menghentikan pengambilan sekiranya terdapat gejala atau tanda luar biasa pada kulit.
Sementara itu, peniaga lain, Nur Amira Suhaimi, 29 berkata, pengambilan produk tiruan kolagen dikhuatiri menjadi punca masalah kesihatan.
Dia berkata, setakat ini masih belum menerima aduan daripada pelanggannya yang mengatakan mengalami masalah kesihatan selepas mengamalkan produk yang dijual.
“Sekarang ini berlaku lambakan produk makanan tambahan di pasaran dan kita tidak tahu mana asli atau palsu. Produk tiruan dijual dalam pembungkusan yang lebih kurang sama dengan yang asli.
“Kebanyakan produk tiruan ini bakal menyumbang kerosakan organ dalaman kerana di campur dengan bahan pengawet tidak dibenarkan,” katanya.
Katanya, pengguna perlu memperhalusi label pada pembungkus produk dan membeli daripada penjual yang diyakini.
AWAS Kolagen pembunuh senyap
Written By aku on Tuesday, 26 May 2015 | 12:02 pm

8:15 am
Saya berusia 28 tahun dan akan mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun ini. Saya bekerja sebagai jururawat.
Saya dapati alat sulit saya kelihatan berbeza daripada wanita lain apabila labia minora kelihatan sangat lebar. Saya bertanyakan kepada ibu sama ada saya disunatkan semasa dilahirkan, namun ibu saya tidak ingat, cuma katanya kemungkinan ada.
Apabila bertanyakan pada ayah pula, dia memberitahu perempuan tidak wajib bersunat jadi kemungkinan saya tidak disunatkan.
Saya jadi takut dan agak tertekan sekiranya bakal suami tidak dapat menerima keadaan saya ini. Saya pernah terdengar perbualan orang tua bahawa lelaki tidak sukakan perempuan yang tidak bersunat.
Ini menambah tekanan pada saya. Pada usia ini, bolehkah saya melakukan prosedur bersunat? Jika ada, di manakah tempatnya? Saya berasa cukup malu dan harap doktor dapat memberi pandangan.
Lis,
Selangor.
Saiz labia minora ada sedikit berbeza antara wanita, malah saiz atau panjang labia minora kanan juga mungkin sedikit berbeza daripada labia minora kiri.
Bersunat bagi perempuan juga berbeza mengikut amalan masyarakat. Kini, amalan bersunat di Malaysia lebih kepada ‘cukup syarat’ contohnya dengan hanya menyentuh gunting atau pisau pada bahagian kemaluan bayi atau kanak-kanak perempuan, bukannya seperti dulu dengan memotong lebih banyak bahagian atas sudut pertemuan labia minora.
Apa yang lebih penting adalah menjaga kebersihan kemaluan, sama ada sudah bersunat ataupun belum. Kotoran atau daki lebih mudah berkumpul di celah atau bawah sudut terbabit pada wanita yang tidak bersunat, tetapi ini tidak bermakna wanita yang sudah bersunat bebas daripada kotoran berkenaan.
Sebagai jururawat yang ada mempelajari bahagian kemaluan wanita, anda pasti lebih berpengetahuan dalam menjaga kebersihan bahagian terbabit.
Labia minora memainkan peranan dalam membantu ‘menutup’ bahagian bukaan salur kencing dan bukaan faraj. Labia minora yang lebih lebar sepatutnya lebih melindungi bahagian ini daripada jangkitan kuman.
---Harian Metro
Nak Kahwin Tetapi Risau masalah tak bersunat
Written By aku on Tuesday, 28 January 2014 | 8:15 am

3:32 am
Apabila anda melihat binatang aka serangga yang bernama lipas di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati kerana isi perut lipas sangat bahaya.
Dalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yg akan hidup meskipun diluar dari tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru.
Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.
Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin.. Nanti cacing perut lipas akan bergerak2.
Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar.
Silakan copy, share atau apa sahaja tanpa perlu meminta izin untuk manfaat bersama.
BAHAYA MEMBUNUH LIPAS
Written By aku on Wednesday, 11 December 2013 | 3:32 am