BERITA TERKINI
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts

1 juta wanita seluruh dunia demonstrasi protes Trump

Written By aku on Sunday, 22 January 2017 | 10:03 pm


WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Lebih daripada satu juta wanita di seluruh dunia berarak sebagai tanda protes  terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, lapor Mirror.co.uk.

Di Washington, beratus-ratus ribu hadir untuk mempertahankan kesaksamaan jantina, penjagaan kesihatan wanita dan isu-isu lain yang dianggap terancam di bawah pemerintahan Trump.

Sementara itu, antara kawasan lain terlibat perarakan protes ini adalah New York, Los Angeles, Seattle, Denver, Boston, Philadelphia dan Austin.

Sebelum itu, di London juga turut menyaksikan beratus ribu orang berkumpul di  Trosvenor Square dan berarak hingga ke Trafalgar Square untuk menunjukkan perpaduan mereka melawan presiden itu.

Demonstrasi tersebut turut bermula dahulu di Belfast, Cardiff, Lancaster, Leeds, Liverpool, Manchaster, Shipley dan Edinburgh.

Perarakan tersebut turut menyaksikan kehadiran daripada selebriti terkenal seperti Scarlett Johansson, Emma Watson dan Emma Thompson.

Kempen Trump sebelum ini turut dicemari dengan komen seksis beliau mengenai kaum wanita serta isu  video beliau bercakap mengenai wanita yang dianggap biadab.

Sementara itu, sekumpulan perarakan aman menuju ke Dewan Bandaraya bandar Kanada dan seterusnya ke bangunan konsulat Amerika Syarikat  di bawah pengawasan pihak polis dianggarkan seramai 10 ribu hingga 13 ribu orang.

Bekas banduan rogol budak dan neneknya

Written By aku on Tuesday, 18 October 2016 | 3:25 pm


MURANG'A - KENYA. Seorang lelaki sanggup merogol neneknya berusia 98 tahun dan kanak-kanak berumur dua tahun yang juga jirannya beberapa bulan selepas dibebaskan dari penjara.

Bapa kepada seorang anak berusia 36 tahun itu sebelum ini dipenjara selepas melakukan seks dengan lembu kira-kira 500 meter dari rumah neneknya pada tahun 2013 dan dibebaskan pada tahun 2015.

Memetik Nairobi News, lelaki itu dikatakan telah menyerang neneknya 12 Oktober lalu sekitar jam 7.00 malam di perkampungan Gacharage di Mathioya.

Insiden itu disedari oleh sepupunya, Samuel yang mendengar jeritan daripada warga emas itu ketika melalui rumahnya.

Samuel bertindak untuk menyiasat, namun pintu rumah berkenaan terkunci dari dalam dan apabila dia berjaya memecah masuk, dia mendapati sepupunya itu dalam keadaan bogel.

Menyedari kehadiran Samuel, lelaki itu terus bertindak menumbuk Samuel sehingga menyebabkan dia tetap tidak sedarkan diri selama beberapa minit.

Lelaki itu kemudian membawa anak perempuan jirannya yang berusia dua tahun ke ladang berhampiran dan merogolnya sebelum melarikan diri.

Kanak-kanak itu ditemui oleh jiran tidak lama selepas itu dalam keadaan berlumuran darah dan dibawa ke hospital oleh ibu bapanya.

Operasi memburu suspek dijalankan dan akhirnya berjaya dikesan dan kini ditahan di balai polis Nyakianga.

Haiwan pelik ini hanya boleh di temui di pakistan

Written By aku on Friday, 26 February 2016 | 4:33 pm


DIGELAR sebagai tikus paling comel, Pygmy Jerboa yang boleh ditemui di Pakistan dan dinobatkan sebagai 'haiwan menakjubkan' kerana jarang dilihat di tempat lain di dunia.

Menurut laporan World Wildlife Fund (WWF), tikus Pygmy Jerboa yang juga mempunyai muka seakan arnab mampu melompat setinggi 9 kaki.

Selain itu, tikus Pygmy Jerboa juga mempunyai pendengaran yang amat sensitif dan amat berguna untuk mengesan pemangsa.



Antara pemangsa yang paling ditakuti oleh Pygmy Jerboa adalah burung hantu yang sering menyerang dari udara.

Penyelidik haiwan mamalia, Rob Voss berkata mata Pygmy Jerboa yang besar dan muka kecil menyebabkan ia kelihatan comel.

Rob yang baru-baru ini memuat naik foto Pygmy Jerboa di internet telah menarik perhatian penggemar haiwan yang rata-ratanya tidak mengetahui kewujudan tikus comel tersebut.

Rob menggangap Pygmy Jerboa memberi ketenangan kepada manusia, bersamaan dengan keadaan manusia membela kucing dan hamster sebagai binatang peliharaan.




WIKIPIDIA
The jerboa (from Arabic: ุฌุฑุจูˆุน‎ jarbลซสป ) forms the bulk of the membership of the family Dipodidae. Jerboas are hopping desert rodents found throughout Northern Africa and Asia east to northern China and Manchuria. They tend to live in hot deserts.

When chased, jerboas can run at up to 24 kilometres per hour. Some species are preyed on by little owls (Athene noctua) in central Asia. Most species of jerboa have excellent hearing that they use to avoid becoming the prey of nocturnal predators. The typical lifespan of a jerboa is around six years.

Anatomy and body features
Jerboas look somewhat like kangaroos as they have many similarities such as long hind legs, very short forelegs and long tails. Jerboas move around their environment the same way a kangaroo does, which is by hopping. Like other bipedal animals, their foramen magnum—the hole at the base of the skull—is forward-shifted, which enhances two legged locomotion.The tail of a jerboa can be longer than its head and body and it is common to see a white cluster of hair at the end of the tail. Jerboas use their tail to balance when hopping, and as a prop when sitting upright. Jerboa fur is fine, and usually the colour of sand. This colour usually matches the environment the jerboa lives in (an example of cryptic colouration). Some species of the jerboa family have long ears like a rabbit, and others have ears that are short like those of a mouse or rat.

Behavior
Jerboas are nocturnal. During the heat of the day they shelter in burrows. At night they leave the burrows due to the cooler temperature of their environment. They dig the entrances to their burrow near plant life, especially along field borders. During the rainy season they make tunnels in mounds or hills to reduce the risk of flooding. In the summer, jerboas occupying holes plug the entrance to keep out hot air and, some researchers speculate, predators. In most cases burrows have an emergency exit that ends just below the surface or opens at the surface but is not strongly obstructed. This allows the jerboa to quickly escape predators.

Related jerboas often create four types of burrows. A temporary, summer day burrow is used for cover while hunting during the daylight. They have a second, temporary burrow used for hunting at night. They also have two permanent burrows: one for summer and one for winter. The permanent summer burrow is actively used throughout the summer and the young are raised there. Jerboas hibernate during the winter and use the permanent winter burrow for this. Temporary burrows are shorter in length than permanent burrows.

Jerboas are solitary creatures. Once they reach adulthood, they usually have their own burrow and search for food on their own. However, occasional "loose colonies" may form, whereby some species of jerboa dig communal burrows that offer extra warmth when it is cold outside.

Diet
Most jerboas eat plants. Some species eat beetles and other insects they come across, but they can not eat hard seeds. Unlike gerbils, jerboas are not known to store food.

Communication and perception[edit]
Many species within the family Dipodidae participate in dust bathing. Dust bathing is often a way to use chemical communication. Their keen hearing suggests they may use sounds or vibrations to communicate.

Reproduction
Mating systems of closely related species in the family Dipodidae suggest that they may be polygynous. For some closely related jerboa species mating usually happens a short time after awaking from winter hibernation. A female breeds twice in the summer, and raises from two to six young. Gestation time is between 25 and 35 days. Little is known about parental investment in long-eared jerboas. Like most mammals, females nurse and care for their young at least until they are weaned.

Bapa hamilkan anak sendiri yang berumur 10 tahun


Laporan Sooperboy.com lelaki yang berasal dari amerika serikat telah membuat media sosial kecoh dan banyak orang marah karenanya.
Gambar kemesraan bapa dan anak tersebut di sebarkan oleh akaun bernama Fredrik Siraque dan mengatakan anak perempuan itu adalah anak tirinya.
Natizen marah apabila gambar kemesraan tersebut turut dengan gambar Berbaur lucah serta mendukung anaknya tanpa sluar kemudian mencium bibirnya.
Tidak cukup hanya itu gambar gambar tersebut juga menunjukkan bagian perut kanak kanak 10 tahun itu semakin membesar.
Si pemilik gambar menulis.
Saya sangat mencintainya seperti kekasih sendiri,saya sangat mencintai anak saya,kami seperti pasangan muda yang tengah di liputi kebahagian,kami saling mencintai satu sama lain,kami tidak peduli dengan apa yang orang katakan,yang paling penting kami bahagia menjalani ini semua.Fredrik Siraque.

Kerajaan bantu bawa pulang jenazah Affiah

Written By aku on Tuesday, 26 January 2016 | 7:43 am


PUTRAJAYA 25 Jan. – Kerajaan bersedia membantu membawa pulang jenazah seorang pelajar Malaysia, Affiah Ariffin Hew yang meninggal dunia kelmarin selepas terbabit dalam kemalangan ketika bermain ski di Nice, Perancis Jumaat lalu.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan bersedia membantu mereka mengendalikan urusan membawa pulang jenazah Affiah.
“Keluarga Allahyarham turut berada di sisi semasa pemergiannya," jelas kenyataan itu.
Affiah, 23, yang merupakan pelajar di Universiti Nantes terbabit dalam kemalangan ski itu pada Jumaat minggu lalu dilaporkan me­ngalami kecederaan yang kritikal.
Sementara itu, ibu mangsa, Latipah Madon yang kini berada di Perancis mengesahkan anaknya meninggal dunia di Hospital Chu Pasteur di Nice iaitu sehari selepas kemalangan tersebut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-bantu-bawa-pulang-jenazah-affiah-1.183641#sthash.LDqqj149.dpuf

Identiti pelajar Malaysia maut di Jordan dikenal pasti

Written By aku on Sunday, 24 January 2016 | 12:04 pm


KUALA LUMPUR - Identiti tiga pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jordan pagi semalam (waktu Jordan) dikenal pasti sebagai Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, Hana' Azhar dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie, menurut portal rasmi Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ).

Fatin Iqmal Idziyani berasal dari Kuala Lumpur manakala Hana' dan Al Najiatun Nailah dari Kelantan, menurut portal berkenaan.

Menurut KMKJ, pengesahan kesemua nama mangsa diperoleh dari Hospital Kerajaan Mafraq di negara itu.

Dua pelajar Malaysia yang terselamat ialah Izzam Hasif yang cedera di kaki dan patah tangan serta Fatin Noor Syahirah yang cedera di muka dan rahang.

"Izzam Hasif (Negeri Sembilan) dan Fatin Noor Syahirah (Kelantan) akan dipindahkan ke hospital di Amman," menurut portal berkenaan.

Menurut portal itu lagi, pihak kedutaan dan Education Malaysia Jordan masih berbincang dengan waris mangsa sama ada jenazah akan dibawa pulang ke tanah air atau pun tidak.

Sebelum ini, laman Facebook rasmi Education Malaysia Jordan memaklumkan kesemua pelajar berkenaan yang menaiki sebuah kereta, dipercayai dalam perjalanan ke Mafraq untuk menghadiri sebuah program jaulah iaitu aktiviti keagamaan.

Turut berada dalam kereta berkenaan ialah warga Jordan.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku di Ashrafiyeh, Wilayah Mafraq, Jordan. - Bernama

pelajar Malaysia kemalangan maut di Jordan


KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Tiga pelajar Malaysia di Universiti Mu'tah, Jordan maut sementara dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya pagi Sabtu.

Menurut Facebook rasmi Education Malaysia Jordan kesemua pelajar itu yang menaiki sebuah kereta, dipercayai dalam perjalanan ke Mafraq untuk menghadiri sebuah program jaulah.

Turut berada dalam kereta berkenaan ialah warga Jordan.

Mangsa yang terselamat dirawat di Hospital Mafraq.‎

Sementara itu, portal rasmi Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) turut mengesahkan kemalangan itu yang dilaporkan berlaku di Ashrafiyeh di wilayah Mafraq, Jordan.
 
Menurut portal itu, dua daripada mangsa yang maut berasal dari Kelantan manakala seorang lagi berasal dari Kuala Lumpur.
 
"Semoga seluruh keluarganya diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Keluarga KMKJ mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh," demikian menurut KMKJ.

Dua pelajar yang cedera adalah dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Salah seorang daripada mereka dilaporkan mengalami kecederaan di kaki dan patah tangan, manakala seorang lagi cedera di bahagian muka dan rahang.
 
Kedua-dua mangsa yang terselamat akan dipindahkan ke hospital Amman, menurut portal tersebut. - Bernama

Pengganas IS keluar fatwa, cara layan hamba seks ‘dengan baik’

Written By aku on Wednesday, 30 December 2015 | 4:59 pm


WASHINGTON, 30 Dis ― Kumpulan pengganas Negara Islam (IS) mengeluarkan garis panduan cara mengadakan hubungan seks dengan hamba wanita, antaranya melarang ia dilakukan sewaktu haid, mengandung atau meliwat mereka.

Garis panduan yang diterbitkan Januari tahun ini mengandungi 15 perkara yang disepakati oleh jawatankuasa penyelidikan dan fatwa IS.

“Fatwa” tersebut dikatakan dikeluarkan selepas ada ahli IS yang musykil akan hukum syarak layanan sesetengah ahli lain terhadap hamba-hamba wanita mereka.

Dokumen berkenaan dilaporkan diperoleh menerusi serbuan yang dijalankan pasukan operasi khas Amerika Syarikat (AS) di Syria pada Mei lalu.

“Fatwa” tersebut kemudiannya telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris oleh kerajaan AS, dan disiarkan agensi berita Reuters lewat semalam.

Agensi berita itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sendiri kesahihan maklumat tersebut.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi mendakwa IS menculik dan merogol ribuan wanita dan gadis, semuda 12 tahun, yang dijual atau dihadiahkan sebagai hamba seks.

Berikut 15 “fatwa” yang diumumkan oleh para ulama IS, seperti dokumen yang dilampirkan dalam laporan agensi berita tersebut:

1. Dibenarkan seseorang yang menyimpan hamba wanita untuk bersetubuh dengannya selepas wanita itu habis haid dan bersih daripada hadas.

2. Jika wanita itu tidak haid tetapi mengandung, tidak dibenarkan bersetubuh dengannya sehingga wanita itu beranak.

3. Tidak dibenarkan untuk menggugurkan kandungan jika wanita itu hamil.

4. Jika seseorang pemilik hamba wanita membebaskannya, cuma dia boleh bersetubuh dengannya dan tidak boleh membenarkan orang lain bersetubuh dengannya.

5. Jika seseorang memiliki hamba wanita yang mempunyai seorang anak perempuan yang sesuai untuk disetubuhi, lalu dia menyetubuhi anak itu, dia langsung tidak dibenarkan menyetubuhi si ibu. Jika dia telah menyetubuhi si ibu, dia tidak dibenarkan menyetubuhi si anak pula.

6. Seseorang yang memiliki hamba adik-beradik tidak dibenarkan bersetubuh dengan kedua-duanya, dan cuma boleh bersetubuh dengan seorang sahaja. Dia cuma boleh memiliki wanita satu lagi jika membebaskan hamba pertama dengan menjualnya, memberikannya, atau melepaskannya.

7. Jika hamba wanita dimiliki seorang bapa, anak si bapa tidak boleh bersetubuh dengan wanita itu. Begitu juga sebaliknya. Tambahan, seseorang juga tidak boleh bersetubuh dengan hamba wanita yang dimiliki isterinya.

8. Jika seorang bapa pernah bersetubuh dengan hamba wanita dan kemudian memberi atau menjualnya kepada anaknya, si bapa tidak lagi dibenarkan bersetubuh dengan hamba itu.

9. Jika seorang hamba wanita hamil hasil persetubuhan pemiliknya, dia tidak boleh menjualnya dan hamba itu cuma bebas selepas kematiannya.

10. Jika seseorang pemilik membebaskan hamba wanitanya, dia tidak dibenarkan bersetubuh lagi dengannya kerana hamba itu sudah bebas dan bukan lagi miliknya.

11. Jika dua atau lebih individu memiliki seorang hamba wanita, tiada siapa dibenarkan bersetubuh dengannya kerana hamba itu milik bersama.

12. Tidak dibenarkan bersetubuh dengan hamba wanita ketika sedang haid.

13. Tidak dibenarkan melakukan seks anal atau meliwat hamba wanita.

14. Seorang pemilik hamba wanita perlulah menunjukkan rasa belas kasihan, berbuat baik kepadanya, tidak mengaibkannya dan jangan memberi tugasan yang dia tidak boleh lakukan.

15. Seorang pemilik hamba wanita tidak boleh menjualnya kepada individu yang diketahui akan melayannya dengan buruk atau melakukan perkara yang ditegah Allah.

Abdel Fattah Alawari, profesor di Fakulti Teologi, Universiti Al-Azhar berkata IS sengaja menyeleweng tafsiran dalil-dalil agama tentang perhambaan, yang didakwanya bertujuan menghentikan penghambaan dan bukan menggalakkannya.

“Islam mengajar membebaskan hamba, bukan penghambaan. Penghambaan diamalkan sebelum kedatangan Islam.

“Tamadun Yahudi, Kristian, Yunani, Roman dan Parsi semuanya mengamalkan perkara itu dan menjadikan wanita musuh sebagai hamba seks.

“Jadi Islam melihat ini perbuatan yang hina dan berusaha perlahan-lahan untuk menghapuskannya,” katanya seperti dilaporkan agensi berita berkenaan.

Dalam laporan Utusan Malaysia Disember tahun lepas, seorang gadis dari Kelantan bernama Umairah dikatakan menyertai IS semata-mata untuk menjadi hamba seks kepada kumpulan itu.

Dikatakan mempelajari cara melayan lelaki, termasuk melakukan hubungan seks dengan lima lelaki pada satu masa, gadis itu mempercayai bahawa beliau melakukan satu “jihad” dengan tindakannya.

Menurut Kertas Putih di Parlimen tahun lepas, terdapat 39 rakyat Malaysia berada di Syria dalam pelbagai kumpulan militan seperti IS dan Ajnad al-Sham.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/pengganas-is-keluar-fatwa-cara-layan-hamba-seks-dengan-baik#sthash.0TR3vGnw.dpuf

Arab Saudi naikkan harga petrol sehingga 50 peratus


RIYADH: Arab Saudi menaikkan harga petrol sehingga lebih 50 peratus mulai hari ini susulan pemotongan subsidi selepas negara itu mencatatkan belanjawan defisit.
Kenaikan harga juga membabitkan tarif elektrik, air, diesel dan minyak tanah selepas Kabinet diketuai Raja Salman memutuskan pengurusan subsidi ke atas bahan berkenaan, lapor agensi berita SPA hari ini.
Kabinet memutuskan harga petrol gred tinggi naik 0.90 Riyal (AS$0.24) seliter berbanding 0.60 Riyal sebelum ini, iaitu kenaikan 50 peratus manakala petrol gred rendah 0.75 Riyal (AS$0.20) seliter berbanding 0.45 Riyal seliter iaitu peningkatan 67 peratus.
Harga petrol di Arab Saudi adalah yang termurah di negara Teluk dan terendah di dunia. – AFP

Helikopter terhempas, 7 dilapor terbunuh

Written By aku on Tuesday, 24 November 2015 | 3:36 pm


KASHIMIR - INDIA. Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam nahas helikopter di Kashmir, lapor AFP.

Helikopter itu dalam perjalanan ke sebuah kuil Vaishno Devi, yang dianggap sebagai salah satu kuil suci di India.

Difahamkan, helikopter itu terbakar tidak lama selepas ia berlepas. Turut dilaporkan, perkhidmatan helikopter turut dihentikan selepas insiden itu.

"Tujuh orang mangsa iaitu enam penumpang dan seorang juruterbang wanita disahkan maut dalam kemalangan itu. Kami sedang menyiasat punca insiden," kata Ketua Polis, Danish Rana.

Sementara itu, rakaman televisyen menunjukkan bangkai helikopter hangus dan bertaburan di atas padang.

Setiap tahun, beribu-ribu penganut Hindu akan pergi ke kuil Vaihno Devi yang terletak 60KM timur laut bandar Jammu.

Perkhidmatan helikopter popular di kalangan penganut Hindu yang ingin mengelakkan kesesakan semasa mendaki untuk ke kuil tersebut.

PARAH... Akibat Punggung Bergoyang Menantu Jadi Mangsa Rog0l Mertua

Written By aku on Saturday, 21 November 2015 | 1:48 pm


Wanita berusia 21 tahun yang mahu dikenali sebagai LT, warga Kecamatan Keritang Kabupaten Indragiri Hilir telah menjadi mangsa pemerkosaan ayah mertuanya.

LT diperkosa di pintu dapur rumahnya. Kapolres Inhil AKBP Hadi Wicaksono melalui Paur Humas Polres Inhil, Iptu Warno, melaporkan, insiden ini menimpa mangsa pada 26 June yang lepas.

Menurut cerita mangsa, ketika sebelum kejadian, LT sedang duduk di pintu belakang rumah setelah mencuci piring. Ketika sedang duduk inilah, suspek, Opung Juni tiba-tiba datang dan menyerang LT.

Opung membuka paksa baju LT. Oleh kerana mangsa terus memberontak melawan, Opung lalu menolak mangsa hingga tertiarap. Dalam keadaan tertiarap inilah, Opung berusaha membuka seluar dalam mangsa, namun tidak berhasil sebab celana LT diikat tali plastik.

Tidak berputus asa, Opung lalu mengoyak seluar dalam menantunya tersebut. Selepas puas menyetubuhi LT, Opung mengugut dengan pisau. Jika mangsa berani membuat laporan, beliau akan dia bunuh.

Selepas kejadian itu, pada pukul 18.00 WIB mangsa meninggalkan rumah dan mengadu kepada suaminya. Sang suami, Amres berang dan tidak mempercayai cerita mangsa. Tak mendapat sokongan suaminya, LT mengadu pual pada ibunya, Rusma.

Mendengar kabar dari putrinya, Rusma langsung melaporkan kejadian yang menimpa LT ke Balai Polis Subsektor Sencala, Minggu (28/6/2015) semalam.

"Dari hasil siasatan pihak polis telah dimaklumkan nama suspek, mengambil pakaian yang dipakai ketika kejadian, dan keterangan saksi serta mangsa," ungkap Kapolres Inhil AKBP Hadi Wicaksono.

Read more: http://kopi-tampal.blogspot.com/2015/11/parah-akibat-punggung-bergoyang-menantu.html#ixzz3sAINMqyT

Serangan hotel di Mali: Lebih 20 maut, jumlah baki tebusan berjaya dibebaskan


BAMAKO: Tindakan pasukan keselamatan yang menyerbu sebuah hotel mewah yang ditawan sekumpulan penyerang di Bamako, Mali telah mencetuskan pertempuran hingga angka kematian kini meningkat ke 27 orang, lapor Reuters.

Kebanyakan daripada 170 tebusan di Hotel Radisson Blu itu merupakan warga asing dan seorang pegawai rasmi dari Belgium adalah antara yang terkorban.

Kira-kira selepas sembilan jam drama serangan itu berlaku, Menteri Keselamatan Mali berkata tiada lagi tebusan yang terperangkap di dalam bangunan hotel itu.

Sebelum itu, puluhan tebusan yang masih hidup telah dibebaskan dengan bantuan pihak berkuasa tempatan.

Dalam kejadian yang berlaku pagi jumaat itu, serangan dilakukan oleh 10 lelaki bersenjata yang dipercayai anggota militan menawan 140 tetamu hotel dan 30 pekerjanya.

BBC melaporkan kumpulan penyerang masuk ke kawasan hotel menggunakan kenderaan diplomatik, sebelum melepaskan tembakan rambang.

Hotel tersebut merupakan salah satu hotel terbesar di Mali yang dimiliki kumpulan Rezidor dari Amerika Syarikat.

Sehingga kini, identiti penyerang masih belum dikenal pasti.

Agensi berita Xinhua mendakwa sekurang-kurangnya tujuh warga China berada dalam kumpulan tawanan tersebut manakala syarikat penerbangan Turkish Airlines menyatakan bahawa enam pekerjanya terperangkap dalam serangan berkenaan.

Serangan tersebut dilihat sebagai insiden susulan drama tebusan di sebuah hotel di Sevare Ogos lalu yang menyebabkan 13 termasuk lima pekerja Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) terkorban.
Mali yang merupakan bekas tanah jajahan Perancis, menyaksikan campur tangan negara Eropah dalam mengekang kemaraan kumpulan rangkaian Al-Qaeda di negara berkenaan.
--awani

Abu Sayyaf pancung tebusan Malaysia

Written By aku on Wednesday, 18 November 2015 | 8:03 am


KUALA LUMPUR - Kumpulan pengganas Abu Sayyaf dilapor memancung kepala tebusan terakhir yang diculik di sebuah restoran di Sandakan, Sabah pada Mei lalu.

Memetik laporan Malaysiakini, Bernard Then Ted Fen dipancung hanya beberapa jam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Manila untuk persidangan dua hari Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).

Komander Kumpulan Petugas Bersama Sulu Brigadier, Genera Alan Arrojada mengesahkan jurutera 39 tahun itu dipancung sekitar jam 4 petang di kubu kuat Abu Sayyaf di Jolo, Filipina.

Kejadian itu berlaku seminggu selepas mereka sebelum ini membebaskan seorang tahanan Thien Nyuk Fun, pengurus restoran Ocean King Seafood yang diculik bersama Then.

Kejadian dilaporkan oleh akhbar Singapura Straits Times.

Sementara itu, APEC ke-23 akan bermula esok, yang kebetulan akan turut membincangkan isu serangan pengganas di Paris pada Jumaat lalu.

Dalam perkembangan yang sama, portal Utusan Malaysia Online yang memetik sumber keselamatan berkata, kumpulan pengganas melakukan tindakan kejam itu selepas cuba melarikan diri dalam pertempuran dengan tentera Filipina di Perkampungan Bud Taran, Indanan, Kepuluan Jolo.

Then yang berasal dari Sarawak dilaporkan dibunuh pada pukul 4.20 petang waktu tempatan.

Menurut portal itu, difahamkan pertempuran itu tercetus ketika tentera Filipina cuma masuk ke kubu kuat kumpulan militan untuk menyelamatkan mangsa culik termasuk Then yang dilaporkan ditembak mati sebelum dipenggal.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Twitter berkata pihaknya belum dapat mengesahkan nasib Then.

Katanya, pihak berkuasa Filipina dilaporkan bertempur dengan kumpulan penculik di Pulau Jolo, petang tadi.

"Pihak berkuasa Filipina dilaporkan bertempur dengan penculik di Pulau Jolo, petang tadi. @PDRMsia belum dapat sahkan nasib Bernard, rakyat Malaysia,” katanya

Bunuh makan alat kemaluan perogol


JAKARTA - INDONESIA . Sepasang suami isteri yang baru berkahwin ditahan berhubung pembunuhan seorang lelaki yang didakwa mereka sebagai perogol isterinya.

Kedua suspek juga didakwa turut memotong kemaluan, memasak serta memakannya.

Rudi Efendi, 30, mengaku melakukan pembunuhan tersebut selepas mendapati isteri yang baru dinikahinya tidak mempunyai dara.

Isterinya kemudian mendakwa dia dirogol oleh mangsa.

Polis berkata, selepas membunuh mangsa, Rudi dan isterinya yang berusia 20 tahun membawa pulang alat sulit mangsa, memasak dan kemudian turut memakannya bersama-sama.

Sementara itu, Rudi memberitahui wartawan, dia melakukan pembunuhan tersebut untuk menyebuh rasa "sakit hati" nya.

"Saya begitu marah', katanya.

Mayat mangsa ditemui di dalam sebuah van terbakar awal Oktober.

Menurut jurucakap polis, Rudi menyuruh isterinya untuk mengadakan pertemuan bersama mangsa. sebelum bertidak menikam mangsa, memotong alat kemaluan dan kemudian membakarnya di dalam van.

"Kes masih berada dalam siasatan namun mengesyaki kes ini adalah satu pembunuhan terancang, " kata jurucakap polis tempatan kepada AFP.

30 korban bas terjunam ke dalam gaung

Written By aku on Wednesday, 4 November 2015 | 6:58 am


Kathmandu: Sekurang-kurangnya 30 terbunuh dan 35 lagi cedera selepas sebuah bas yang sarat dengan penumpang terbabas menjunam ke dalam gaung di tengah Nepal hari ini.
Bas berkenaan terjunam sedalam kira-kira 200 meter di jalan raya pergunungan di daerah Rasuwa.
Pegawai daerah itu, Shiva Ram Gelal, berkata seramai 30 orang disahkan terbunuh termasuk seorang bayi.
“Seramai 35 mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan dan gerakan mencari masih diteruskan,” katanya.
Menurutnya, punca kemalangan belum dapat dipastikan namun menurut penumpang bas berkenaan membawa penumpang berlebihan termasuk ada yang duduk di atas bumbung. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90460#sthash.cD4ZgndK.dpuf

Pesawat Russia tidak diserang dari luar

Written By aku on Tuesday, 3 November 2015 | 2:01 am


KAHERAH: Pesawat Russia yang terhempas di Semenanjung Sinai, Mesir tidak diserang dari luar dan juruterbang tidak membuat panggilan kecemasan sebelum ia hilang dari radar, menurut sumber jawatankuasa analisis perakam pesawat, hari ini. Sumber dari penerbangan awam berkata, hanya penyiasat Mesir dan pakar dari Perancis belum selesai memeriksa kotak hitam berkenaan. Terdahulu, pegawai Russia berkata, pesawat yang membawa pelancong dari pusat peranginan Sharm el-Sheikh, Mesir ke St Petersburg, Russia itu mungkin pecah di udara tetapi masih terlalu awal untuk menyatakan punca kapal terbang itu terhempas. - REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/93876

Anjing selamatkan bayi yang dibuang

Written By aku on Sunday, 1 November 2015 | 1:00 pm


FOTO seekor anjing mengonggong seorang bayi yang didakwa dibuang viral di Arab Saudi, awal minggu ini.

Portal Arab Saudi, Sada mengatakan anjing tersebut membawa bayi berkenaan yang masih hidup ke sebuah rumah dan bayi tersebut dikejarkan ke hospital berdekatan.

Dalam perkongsian di Facebook, bayi tersebut dijumpai di dalam sebuah tong sampah ketika anjing berkenaan menyelongkar mencari makanan.

Tali pusat berkenaan juga masih belum dipotong dan kelihatan jelas didalam foto tersebut, lapor Emirates247.com.

Difahamkan, bayi tersebut terselamat disebabkan tindakan pantas anjing tersebut.

Lelaki nyanyuk koyak wang kertas lebih RM32,000

Written By aku on Saturday, 31 October 2015 | 4:42 am


SICHUAN - CHINA . Seorang warga emas yang dikatakan mengalami masalah nyanyuk dari wilayah Sinchuan bertindak mengoyak wang simpanannya bernilai 47,600 Yuan (RM32,151) pada Ahad.

Luo yang juga pesara doktor haiwan disahkan menghidap penyakit nyanyuk yang menyebabkan dia tidak sedar apa yang dilakukannya.

Memetik CCTV News, tindakan Luo hanya disedari selepas anaknya yang cuba mengeluarkan duit simpanan lelaki itu terkejut selepas keseluruhan simpanan ayahnya tiada.

Selepas meneliti catatan urusniaga menunjukkan bapanya telah mengeluarkan wang tersebut.

Keluarga itu akhirnya menemui semua wang tunai yang hilang disimpan di dalam beg pakaian besar, namun apa mengejutkan kesemua wang kertas tersebut sudah dikoyak.

Enggan menyalahkan tindakan Luo, anaknya itu meminta pertolongan pegawai bank untuk mencantumkan semula wang-wang berkenaan.

Pengurus bank, Wang Jun berkata, dia bersama 9 kakitangan yang lain membantu mencantumkan kesemua wang tersebut

"Hanya lima keping 100 Yuan berjaya disambung semula setakat ini dan akan mengambil beberapa minggu untuk menyambung semua wang-wang berkenaan," katanya

Peniaga di tangkap kerana jual bangkai ayam

Written By aku on Wednesday, 15 July 2015 | 7:22 am


Semarang, Indonesia: Polis bandar ini menahan seorang penjual ayam kelmarin kerana menjual bangkai ayam.
Penjual ayam itu ditangkap di sebuah pasar di bandar ini selepas polis membuat intipan terhadap premis berkenaan sejak beberapa hari lalu.
Ketua polis Semarang, Burhanudin berkata, pihaknya membuat intipan selepas beberapa pengguna membuat laporan, ayam yang dibeli dari penjual itu sudah busuk.
Katanya, ketika disoal siasat penjual berkenaan mengaku mengambil ayam yang sudah mati dari pengedar sebelum dijual sebagai daging segar.
“Peniaga ini mengambil ayam yang mati ketika dihantar ke kilang memproses ayam secara percuma.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64386#sthash.ocFRtgjd.dpuf

Pesawat Hercules tentera Indonesia terhempas di Medan, 20 disahkan maut

Written By aku on Tuesday, 30 June 2015 | 4:27 pm


MEDAN: Sejumlah 20 orang telah disahkan terkorban dalam nahas pesawat Hercules milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang jatuh terhempas di perkampungan di Simalingkar, Medan, Sumatera Utara pada Selasa.

Terdahulu, Ketua Polis Medan Mardiaz Dwihananto menegsahkan tentang penemuan beberapa mayat yang dikeluarkan dari bangkai pesawat dan dari bawah runtuhan bangunan di kawasan nahas.



Lokasi pesawat itu jatuh terhempas tidak jauh daripada Pangkalan Udara Soewondo atau dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Polonia Medan, lapor portal berita negara itu.

Pesawat itu berangkat pada jam 12.08 tengah hari waktu tempatan dari pangkalan udara berkenaan dan terhempas dua minit kemudian selepas melalui jarak lima kilometer.

“Pesawat berkenaan digunakan dalam urusan logistik TNI. Belum dipastikan berapakah jumlah mangsa. Selain juruterbang, pesawat itu turut membawa kru lain,” kata jurucakap tentera Fuad Basya.

Setakat ini  gambar mengenai kemalangan itu banyak disebarkan ke media sosial, termasuk yang menunjukkan fiuslaj pesawat yang masih terbakar dan menyelubungi kawasan sekitar dengan asap hitam. Beberapa bangunan di kawasan nahas juga musnah.


Read more at: http://www.astroawani.com/berita-dunia/pesawat-hercules-tentera-indonesia-terhempas-di-medan-20-disahkan-maut-64284?cp
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger