BERITA TERKINI
Showing posts with label Sukan. Show all posts

4:32 pm
PASANGAN beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong bermula cemerlang pada perlawanan pertama mereka untuk layak ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka China 2018 di Fuzhou, China, hari ini.
Menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfworldtour.bwfbadminton.com. pasangan nombor ke-13 dunia itu terpaksa bekerja keras sebelum mengalahkan Berry Angriawan-Hardianto Hardianto dari Indonesia; 22-20 dan 21-18 pada perlawanan pusingan pertama yang diadakan di Pusat Sukan Olimpik Haixia.
Bagaimanapun pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, terkeluar dari kejohanan bernilai AS $700,000 (RM2.919 juta) selepas tewas 17-21 dan 19-21 kepada pasangan pilihan ketiga, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama.
Malaysia tidak menghantar wakil dalam kategori perseorangan dan beregu wanita dalam Kejohanan Jelajah Dunia BWF status Super 750. - Bernama
V Shem, Wee Kiong mara pusingan kedua Terbuka China
Written By aku on Wednesday, 7 November 2018 | 4:32 pm
PASANGAN beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong bermula cemerlang pada perlawanan pertama mereka untuk layak ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka China 2018 di Fuzhou, China, hari ini.
Menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfworldtour.bwfbadminton.com. pasangan nombor ke-13 dunia itu terpaksa bekerja keras sebelum mengalahkan Berry Angriawan-Hardianto Hardianto dari Indonesia; 22-20 dan 21-18 pada perlawanan pusingan pertama yang diadakan di Pusat Sukan Olimpik Haixia.
Bagaimanapun pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, terkeluar dari kejohanan bernilai AS $700,000 (RM2.919 juta) selepas tewas 17-21 dan 19-21 kepada pasangan pilihan ketiga, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama.
Malaysia tidak menghantar wakil dalam kategori perseorangan dan beregu wanita dalam Kejohanan Jelajah Dunia BWF status Super 750. - Bernama
Labels:
Sukan
2:14 pm
KUALA TERENGGANU - Bekas pemain pasukan bola sepak Piala Presiden T-Team dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam, kerana memberi keterangan palsu ketika menjadi saksi dalam satu kes perbicaraan mengatur perlawanan bola sepak membabitkan pasukan itu dengan pasukan Pahang, enam tahun lalu.
Mohd Azuan Hussein, 21, dari Kampung Pak Sik, Jertih, Besut, dijatuhi hukuman terbabit selepas didapati bersalah atas tuduhan keterangan tidak selaras diberikannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu dengan keterangan semasa dalam perbicaraan pada 3 Disember 2012.
Dia didapati bersalah memberi keterangan bercanggah pada 3 Disember 2012, kira-kira jam 10 pagi hingga 1 tengah hari ketika menjadi saksi kes perbicaraan bekas jurulatihnya, Sufian Ngah dan K Rajendran di Mahkamah Sesyen, di sini.
Berdasarkan pertuduhan, Mohd Azuan didakwa memberi keterangan berbunyi “Sebelum perlawanan dengan negeri Pahang, Sufian Ngah tiada berjanji atau suruh berbuat apa-apa dalam perlawanan ini."
Bagaimanapun, keterangan itu tidak selaras dengan pernyataan tertuduh kepada Penolong Kanan Penguasa SPRM, Ahmad Syukri @ Senek Mustafa pada 4 Jun 2011 iaitu “Game seterusnya pada T-Team menentang pasukan Pahang bertempat di Kuantan, juga pada bulan Febuari 2010. Sebelum game bermula, Sufian telah bagi arahan kepada saya, Shaqudin, Azwan Ali, Nizam dan Nazmir supaya T-Team menang.Saya telah lupa berapakah gol yang mesti menang. Menurut Sufian jika arahan beliau dipatuhi, saya berlima akan diberikan duit oleh bookie."
Dengan itu, Mohd Azuan dituduh mengikut Seksyen 27 (2) Akta SPRM 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum menurut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Amer Abu Bakar Abdullah di hadapan Hakim Murtazadi Amran manakala dia diwakili peguam bela Kamaruzaman Wahab.
Terdahulu, Murtazadi dalam penghakimannya berkata, mahkamah mengambil berat dan memandang serius berhubung kesalahan melibatkan jenayah rasuah.
“Mahkamah tidak akan sesekali memberi muka kepada pesalah yang terlibat dengan jenayah rasuah dan disebabkan itu, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun kepada pesalah.
“Bagaimanapun, dalam kes tertuduh, mahkamah mengambil kira faktor usianya masih muda dan percaya punyai masa depan cerah, jadi mahkamah memberi sedikit peluang kepadanya dengan harapan hukuman yang diberikan dapat memberi keinsafan untuk dirinya," katanya.
Bekas pemain bola sepak dipenjara
Written By aku on Friday, 11 March 2016 | 2:14 pm

7:49 am
Kuala Lumpur: Selepas berjaya menakluk pentas Asia dengan menjuarai Piala AFC Oktober lalu, penyokong setia Johor Darul Ta’zim (Johor DT) pasti berbangga apabila memiliki sebuah stadium baru yang bertaraf dunia.
Dengan kapisiti antara 40,000 hingga 45,000, stadium yang dibina di Nusajaya dan dijangka siap sepenuhnya selama setahun setengah, akan menjadi mercu tanda baru kepada kemegahan skuad Harimau Selatan.
Menerusi laman Facebook rasmi kelab iaitu Johor Southern Tigers, lakaran grafik stadium itu jelas menekankan aspek terkini serta ciri-ciri menarik, moden dan lengkap dengan banyak kemudahan canggih setanding stadium di Eropah.
Bahagian luar stadium akan terdiri daripada permukaan yang diterangi lampu LED yang boleh bertukar warna. Malah tempat duduk penyokong juga lebih selesa di samping ruang niaga dalam stadium serta ibu pejabat baru Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) turut disediakan.
Malah pemilik kelab Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut mengumumkan di laman rasmi kelab satu majlis pecah tanah stadium itu akan diadakan Sabtu ini bersama penyokong yang disifatkannya sebahagian daripada kunci kejayaan kelab berkenaan selama ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110077#sthash.7rIVcuvd.dpuf
Mercu Harimau Selatan
Written By aku on Tuesday, 26 January 2016 | 7:49 am

12:06 am
Terengganu Surfing Cup bantu promosikan TMT 2017
Kejohanan Terengganu Surfing Cup (TSC) 2016 bakal dijadikan platform untuk menarik pelancong dan persediaan untuk program Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu, YB Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata penganjuran kejohanan ini yang bermula pada 12 hingga 14 Februari 2016 di Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu adalah sebahagian daripada usaha untuk mempromosikan secara agresif sukan luncur ombak di Terengganu.
‘Kerajaan negeri Terengganu akan menganjurkan satu kejohanan sukan sebagai pemulaan kalendar aktiviti pelancongan Terengganu iaitu pertandingan Terengganu Surfing Cup 2016’.
‘Pertandingan ini diadakan pada 12 hingga 14 Februari 2016 nanti dan lokasi di Pantai Batu Buruk iaitu di belakang Primula Beach Resort’.
‘Penganjuran TSC ini sebagai pemangkin dan pemulaan bagi negeri Terengganu menuju Tahun Melawat Terengganu 2017’.
‘Kita yakin TSC yang melibatkan penyertaan daripada peluncur-peluncur ombak seluruh Malaysia yang dating ke sini akan menyuntik aktiviti pelancongan di negeri ini’.
‘Apa yang menarik TSC akan disertai oleh peluncur ombak nombor satu Negara yang juga berasal dari Kemaman Terengganu iaitu Didaqt Musadiq dan peluncur nombor tiga Negara dari Pulau Redang iaitu Azmi Awang’.
‘Kita mengharapkan supaya pertandingan TSC juga akan menarik lebih ramai lagi peminat sukan air berkunjung menyaksikan acara ini di Pantai Batu Buruk ‘.
‘Dalam tempoh tiga hari tersebut juga akan diadakan klinik belajar meluncur ombak kepada yang berminat dalam sukan ini’.
Beliau berkata demikian ketika sidang media Terengganu Surfing Cup 2016 di Primula Beach Resort Kuala Terengganu petang ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pesona Terengganu, Dato’ Mustafar Khalid.
Menurut Che Ku Zaihan, Terengganu mempunyai lokasi pantai yang amat sesuai untuk sukan luncur ombak ini iaitu termasuk Pantai Batu Buruk, Pantai Merang Setiu dan Pulau Kapas Marang.
Tambahnya , pihak penganjur Sekretariat Pesona Terengganu menyasarkan 130 peserta yang menyertai pertandingan TSC ini yang dibuka kepada peserta Malaysia sahaja dan akan menganjurkan Terengganu Open Surfing Competition yang djangka akan diadakan pada bulan Disember tahun ini yang melibatkan peserta dalam dan luar negara.
Tengku Zaihan menyeru orang ramai datang menyaksikan sukan yang bertaraf antarabangsa ini yang bukan sahaja acara rekreasi tetapi juga melonjakkan aktiviti pelancongan serta mempromosikan produk keusahawanan penduduk setempat.
Beliau mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada penaja-penaja yang membantu menjayakan TSC seperti Satu, Kementerian Pelancongan Malaysia dan pihak Primula Beach Resort yang juga sebagai lokasi pertandingan serta menawarkan harga promosi penginapan kepada peluncur dan peminat sukan luncur ombak ini.
Terengganu Surfing Cup sebagai platform promosikan TMT 2017
Written By aku on Friday, 22 January 2016 | 12:06 am

12:29 pm
Kerajaan negeri meneruskan penganjuran Monsoon Cup di muara Sungai Terengganu, Pulau Duyong selepas ditangguh sejak dua tahun lalu.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata pertandingan perahu layar kategori tertutup dan terbuka peringkat negeri itu diadakan semula selepas lama ditangguhkan.
Katanya, walaupun bukan bertaraf antarabangsa, penganjuran itu mampu menarik lebih 100 penyertaan pelayar dari seluruh negara.
“Tujuan penganjuran bukannya untuk bersaing dengan kejohanan perahu layar peringkat antarabangsa yang diadakan di Johor Bahru, sebaliknya mahu merancakkan sektor pelancongan di negeri ini, terutamanya pada musim tengkujuh,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Monsoon Cup Terengganu 2015, di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, semalam.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda dan Ketua Pegawai Eksekutif Pesona Terengganu, Dato’ Mustafar Khalid
Katanya, langkah sama juga mampu memperkenalkan Terengganu kepada penonton secara lebih meluas melalui liputan media massa dan elektronik.
“Selain mampu menonjol persepsi sebenar suasana musim tengkujuh mengadakan program berprestij,” katanya.
Pelbagai aktiviti dianjurkan semata-mata mahu menarik minat pelancong dan menggalakkan pembabitan usahawan tempatan sepanjang program yang berlangsung selama lima hari yang berakhir 29 Disember ini.
Antaranya penjualan barangan tradisional, persembahan gamelan, demotransi permainan congkak, selambut, pertandingan kayak, perlumbaan simulator rowing, pertandingan fotografi, busking dan pertandingan mewarna.
Perasmian penutup dijangka disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
100 Peserta Bersaing Monsoon Cup Terengganu 2015
Written By aku on Tuesday, 29 December 2015 | 12:29 pm

11:54 am
17 pasukan bakal berentap dalam dua acara berasingan pada Monsoon Cup 2015 yang akan berlangsung pada 25 Disember ini di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.
Bagi acara Tourism Cup, sembilan kumpulan akan bertanding untuk memenangi piala tersebut manakala untuk Terengganu Monsoon Cup, 8 pasukan terdiri daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO), swasta dan persatuan di Terengganu akan berentap.
Antara kumpulan yang bakal bertanding Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Marine Systems Engineering Terengganu (MSET) dan Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu.
Sepanjang lima hari berlangsung, pelbagai aktiviti lain disediakan kepada penduduk setempat bagi menarik pengunjung hadir.
Aktiviti-aktiviti seperti Pertandingan Fotografi Monsoon, Pertandingan Kenu, Mari Mencuba Rowing, ujian saringan kesihatan serta pameran kesihatan, kempen derma darah, pameran replika bot dan perahu tradisional, Monsoon Art Show, persembahan gamelan dan demonstrasi congkak turut diadakan.
Monsoon Cup 2015 : 17 Pasukan Sahkan Penyertaan
Written By aku on Saturday, 19 December 2015 | 11:54 am

3:40 am
T-Team Dijangka Gugur 50 Peratus Pemain
Written By aku on Saturday, 21 November 2015 | 3:40 am
T-Team dijangka akan menggugurkan sekurang-kurangnya 50 peratus pemain yang tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan untuk digantikan dengan pemain baharu bagi menghadapi kempen Liga M musim depan.
Ketua Pegawai Operasinya Mohd Syahizan Mohd Zain berkata langkah itu terpaksa diambil bagi memastikan pasukan T-Team yang akan beraksi dalam Liga Perdana akan lebih mantap dan hebat.
“Kita akan menggugurkan mana-mana pemain yang tidak dapat membantu pasukan dan mencari pemain baharu untuk menggantikannya,” katanya.
Menurut Mohd Syahizan, T-Team akan melepaskan pemain-pemain yang tidak diperlukan itu lebih awal supaya mudahkan mereka menyambung kerjaya dengan pasukan baharu musim depan.
Beliau berkata rata-rata pemain T-Team musim ini terdiri daripada pemain-pemain anak Terengganu.
Menurutnya, pencarian pemain-pemain baharu untuk memantapkan pasukan T-Team musim depan terserah kepada jurulatih yang akan mengendalikan pasukan itu nanti.
Dalam pada itu beliau berkata pasukan T-Team akan membuat persiapan lebih awal untuk memastikan pasukan itu tampil lebih mantap dalam Liga M musim hadapan.
Beliau berkata pasukan itu akan dikendalikan penolong jurulatih Mohd Azhari Salim sementara ketua jurulatihnya yang berasal dari Croatia, Fomislav Steinbruckner akan kembali ke sini dalam masa terdekat.
Katanya T-Team akan mula latihan 23 November di padang Kompleks Sukan Gong Badak.
Labels:
Sukan
1:56 am
DUNGUN: Jenazah jurulatih lumba basikal Terengganu, Razimi Omar, 43, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahaya, dekat sini, malam ini.
Allahyarham Razimi yang dibawa dengan van jenazah Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya tiba di rumah ibunya di Kampung Tanah Lot, di sini, kira-kira jam 5.50 petang hari ini.
Jenazah kemudian dibawa naik ke rumah untuk tatapan terakhir ibunya, Selamah Md Lebar, 75, sebelum dibawa ke Masjid Sungai Udang untuk disolatkan.
Sebaik selesai disolatkan, jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa ke tanah perkuburan dan selamat dikebumikan, kira-kira jam 8 malam.
Turut menziarahi, Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri, Ibni Busu.
Sementara itu isteri Allahyarham, Azuraiza Razat, 36, berkata, dia berterima kasih kepada semua yang hadir menziarahi arwah suaminya.
Katanya, dia turut terharu dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaluddin; Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Datuk Din Adam dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Terengganu, Zainal Abidin Husin yang sanggup bersusah payah menguruskan jenazah arwah di Hospital Putrajaya.
"Terima kasih pada semua yang bersusah payah menguruskan jenazah suami sehingga selesai. Budi baik semua amat saya hargai," katanya.
Razimi yang baru pulang dari Kejohanan BMX Asia yang berlangsung di Napita, Myanmar petang semalam, disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya jam 8.20 malam selepas rebah ketika cuba membuka pintu van untuk menyimpan barang.
Jenazah jurulatih basikal Terengganu selamat dikebumikan
Written By aku on Tuesday, 3 November 2015 | 1:56 am

6:33 am
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) melakar sejarah apabila berjaya menjadi pasukan pertama dari Asia Tenggara memenangi Piala AFC 2015, selepas menewaskan FC Istiklol 1-0, malam ini.
Leandro Velazquez muncul wira skuad Harimau Selatan apabila menjaringkan gol tunggal buat pasukan pada minit ke-22.
Meskipun permainan lebih banyak dikuasai oleh kelab dari Tajikistan, pasukan bimbingan Mario Gomez lebih tenang menyerap tekanan diberikan oleh pasukan lawan sepanjang 90 minit.
Beraksi di hadapan penyokong sendiri gagal memberi kelebihan buat FC Istiklol untuk merangkul kejuaraan sekali gus terpaksa berputih mata melihat JDT membawa pulang Piala AFC buat kali pertama Malaysia.
JDT berjaya melangkah ke perlawanan akhir dengan layak secara automatik susulan penggantungan kelab dari Kuwait FA yang bersaing dalam Piala AFC.
Sebelum ini, skuad Harimau Selatan sudah mengharumkan nama Malaysia selepas layak ke Separuh Akhir dan perlawanan akhir dalam saingan berkenaan.
Harimau Selatan gegar Asia
Written By aku on Sunday, 1 November 2015 | 6:33 am

10:55 pm
Kapten T-Team,David Oniya DISAHKN meninggal dunia ekoran serangan Jantung
Written By aku on Saturday, 13 June 2015 | 10:55 pm
PEMAIN import T-Team, Faramola David Aniya meninggal dunia ketika beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.
Aniya tiba-tiba rebah di atas padang ketika permainan baharu memasuki minit ketiga dan dihantar serta-merta oleh pasukan paramedik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata, pemain import Nigeria disahkan meninggal setelah mendapat rawatan kecemasan di hospital berkenaan.
Menurutnya, pihak pengurusan T-Team terkejut dengan kematian David Aniya memandangkan pemain berada dalam keadaan sihat meskipun memakai topeng pada perlawanan itu.
"Kami menerima berita kematiannya pada jam 10.05 malam daripada penolong jurulatih, Azhari Salim yang mengiringi pemain berkenaan ke hospital.
"Ini merupakan perlawanan persahabatan pertama untuk pasukan T-Team dan doktor juga memberi kebenaran kepada Aniya bermain walaupun dia sudah menjalani pembedahan pipi dua kali sebelum ini," katanya kepada pemberita di Kota Bharu.
Tambahnya, David Aniya merupakan seorang pemain yang bagus dan mempunyai karakter sebagai pembimbing kepada rakan-rakan sepasukannya.
"Dia dikatakan mempunyai masalah komplikasi jantung namun kita tak boleh sahkan lagi sehingga bedah siasat dilakukan," katanya.
Pengadil perlawanan, Ku Alauddin Ku Mohamad menghentikan permainan pada minit ke-60 selepas mendapat berita kematian pemain tersebut.
Sementara itu, Timbalan Ketua polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Setapa Yusoff mengesahkan menerima laporan kejadian.

2:05 pm
Pasukan Terengganu tidak teragak-agak menarik diri ke perlawanan seterusnya, sekiranya membuktikan gol penentuan dalam separuh akhir Piala FA malam tadi tidak `offside’, kata Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
“Saya sudah mengarahkan PBSNT (Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu) membuat bantahan rasmi kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) untuk menyiasat perkara itu,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekecohan yang berpunca daripada mutu pengadilan ketika perlawanan antara Terengganu dengan Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi.
Ahmad Razif berkata jika mempunyai bukti perlawanan itu memihak kepada Terengganu, sewajarnya perlu mengadakan perlawanan ulangan, jika tidak pasukan Terengganu akan menarik diri.
“Memang dukacita, melihat mutu pengadilan malam tadi, sewajarnya pengadil berpengalaman perlu bijak membuat keputusan terutama disaat genting seumpama itu.
“Perlu ada sikap tolak ansur dan sebagainya, kemarahan malam tadi sudah pasti berpunca daripada pengadil, apatah lagi dua pemain Terengganu Paulo Ragel dan Gustavo Lopez dilayangkan kad merah,”katanya.
Menteri Besar turut memberitahu, kerajaan menganggarkan kerugian melebihi RM150,000 tidak termasuk ambulan StJohn yang dibakar dan cermin bas dipecahkan akibat rusuhan itu.
“Mereka yang terlibat dalam membuat kekecohan itu tidak akan terlepas dengan tindakan undang-undang.Difahamkan, pihak berkuasa sudah menahan beberapa individu untuk siasatan lanjut,”katanya.
Terengganu Mungkin Tarik Diri Jika Tidak `Offside’
Written By aku on Sunday, 17 May 2015 | 2:05 pm

8:06 am
Terengganu vs Lions 2015 Rakaman Video Penyokong Terengganu Merusuh Di Stadium Gong Badak
Terengganu vs Lions 2015 Rakaman Video Penyokong Terengganu Merusuh Di Stiudium Gong Badak, kejadian ini di katakan berpunca dari penyokong terengganu tidak berpuas hati dengan pemgadil yang membatalkan jaringan Kuala Terengganu: Penyokong yang geram terhadap mutu pengadilan bertindak liar apabila merosakkan kemudahan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di sini, malam tadi.
Pintu masuk utama di stadium berkenaan pecah, sebahagian besar tempat duduk rosak manakala ambulans dilihat terbakar.
Terdapat kanak-kanak yang terkena objek yang dibaling penyokong manakala anggota polis dilihat terbaring kerana cedera di kepala.
Mereka dikatakan bertindak demikian sejurus tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dengan Lions XII, yang tidak memihak kepada tuan rumah.
Pada pertemuan itu, Terengganu yang melayani kunjungan Lions XII menang 3-2 hasil jaringan Paulo Rangel pada m21 dan m45 dan Norshahrul Idlan Talaha di m59.
Tapi, tiga jaringan itu yang ditambah bekalan satu gol pada pertemuan pertama di Singapura, masih belum cukup membawa Terenggenu ke perlawanan akhir.
Difahamkan, insiden berlaku berikutan rasa tidak puas hati penyokong Terengganu terhadap mutu pengadilan Mohd Amirul Izwan Yaacob dari Perak.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu.
Sehingga 12.30 tengah malam tadi, kumpulan media yang membuat liputan masih terperangkap dalam kawasan stadium.
Selain itu, sekurang-kurangnya 500 penyokong tempatan dikatakan melontar batu ke arah anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU).
Pada 1.10 pagi, anggota FRU terpaksa melepaskan tembakan asap apabila penyokong semakin agresif dengan membaling batu dan mercun.
Anggota FRU turut mengeluarkan arahan untuk bersurai menyebabkan penyokong beredar meninggalkan stadium.
Namun, masih ada yang berdegil dan mencabar pihak berkuasa dengan mengejak dan mempamerkan isyarat lucah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51398#sthash.f2btBj5k.dpuf

1:32 pm
PEMAIN bola sepak dari Jerman Danny Blum, 24, telah mengisytiharkan dirinya memeluk agama Islam selepas ‘menemui sesuatu yang baharu’.
Memetik laporan OnIslam.net, Danny berkata, agama baharu anutannya itu (Islam) memberi harapan dan kekuatan terhadapnnya.
“Kadangkala hati dan perasaan tidak menentu dan saya pun tidak faham dengan diri saya ketika itu…hingga saya kenal Islam. Islam beri harapan dan kekuatan, solat menenangkan jiwa saya,” katanya.
Jelas Danny, antara keinginannya untuk memeluk Islam tercetus apabila beliau terfikir akan hidup di dunia ini yang tiada arah tujuan.
“Tinggal dalam kemewahan, setiap hujung minggu boleh bercuti, tiada tanggungjawab untuk apa pun dan apa yang akan terjadi ?,” katanya.
Danny menyertai FC Nürnberg Bavaria pada Julai lalu.
Pasukan itu bermain di Divisyen Dua bola sepak profesional di Jerman, Bundesliga.
Tidak lama selepas menyertai pasukan itu, dia mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat selama enam bulan.
Jelas Danny, ketika melawat masjid, ada sesuatu yang menolaknya untuk mengetahui tentang isinya.
"Saya telah melawat masjid, dan saya terus berdebar-debar. Saya rasa ada sesuatu yang ingin saya tahu,” ujarnya.
Semenjak itu, dia berdoa lima kali sehari dan makan makanan halal. Lantas memberitahu ibu bapanya tentang keputusannya untuk memeluk Islam.
"Mereka adalah orang Kristian yang taat. Tetapi tidak lama lagi mereka berkata yang saya perlu berbuat demikian jika saya percaya bahawa ia adalah betul," katanya.
"Islam adalah agama yang aman. Iman saya mengatakan: tidak pernah memaksa sesiapa untuk melakukan apa yang dia tidak mahu. Jika anda berfikir, ia perlu datang secara sukarela dari hati! " ujarnya
Jerman dianggarkan terdapat hampir 4 juta umat Islam, termasuk 220,000 di Berlin.
PEMAIN bola sepak Jerman Danny Blum,, mengisytiharkan dirinya memeluk agama Islam
Written By aku on Saturday, 31 January 2015 | 1:32 pm

8:09 am
KETIKA penolong jurulatih, Azlan Johar dan pemain tengah T-Team, Khairan Ezuan Razali melafazkan sumpah di depan al-Quran, di Kuala Terengganu, ketiadaan tonggak simpanan, Muhammad Irfan Abdul Ghani, menjadi tanda tanya.
Malam tadi, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengotakan janjinya apabila menyaksikan pemain dan pegawai T-Team bersumpah di depan al-Quran di sebuah hotel, di sini.
Bagaimanapun, Irfan yang menjadi tumpuan berikutan kenyataan mengejutnya dengan mendakwa kejadian itu tidak berlaku, gagal hadir dalam majlis berkenaan walaupun diminta berbuat sedemikian.
Majlis angkat sumpah yang didahului Azlan turut disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat; Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, pemain dan pegawai T-Team dan Terengganu.
Dalam sumpahnya itu, Azlan menyatakan insiden pemain import, Evaldo Rodrigues ditumbuk dalam terowong Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada malam 1 Februari lalu, adalah benar dan dia tidak berbohong.
Begitu juga dengan Khairan yang turut menyatakan insiden terbabit memang berlaku.
Sementara itu, Ahmad berkata, majlis angkat sumpah bertujuan membuktikan kenyataan pemain dan pegawai T-Team adalah benar.
"Sumpah ini penting bagi membuktikan keterangan daripada pemain dan pegawai T-Team adalah benar kerana implikasi daripada sumpah ini sungguh besar.
"Sumpah ini juga dibuat kerana sudah timbul dua pendapat berbeza daripada T-Team dan Johor Darul Ta'zim (Johor DT).
"Apatah lagi dakwaan juga dibuat pertahanan T-Team iaitu Irfan. Terpulang kepada Johor DT sama ada akan turut bersumpah atau sebaliknya, yang penting kita buat.
"Bagi membuktikan siapa yang benar dan siapa yang bersalah, dengan cara bersumpah ini dapat membuktikan kebenaran berkaitan insiden terowong di Larkin itu," katanya pada Majlis Menteri Besar bersama pemain dan pegawai T-Team dan Terengganu
.
Mengenai Irfan, beliau harap pemain itu datang bersumpah membuktikan kenyataan yang dikeluarkan adalah benar sebagaimana yang dinyatakan dalam siding media sebelum ini.
"Jika pemain dan pegawai T-Team sanggup bersumpah, saya mengharapkan pemain itu melakukan sumpah untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia dia tidak berbohong," katanya.
--Hmetro
Di mana Irfan agaknya...
Written By aku on Tuesday, 11 February 2014 | 8:09 am

11:36 am
KUANTAN: Suasana tegang berlaku di luar Stadium Darul Makmur berikutan provokasi antara penyokong Pahang dan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) sebaik perlawanan tamat, malam tadi.
Difahamkan, situasi berlaku apabila penyokong Johor DT cedera, dipercayai akibat dibaling objek keras.
Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikatakan mengambil hampir setengah jam untuk mententeramkan keadaan.
Situasi kembali tenang apabila penyokong Johor DT diiring masuk ke bas masing-masing. Tiada tangkapan dibuat.
Polis turut mengesahkan tiada sebarang tangkapan dilakukan walaupun tercetus insiden pergaduhan antara penyokong Pahang dan Johor DT.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata kekecohan yang tercetus sebaik wisel penamat dibunyikan hanya berunsur provokasi dengan kedua penyokong saling membaling objek.
Namun, kecekapan kira-kira 500 anggota polis yang ditempatkan di stadium dapat mengawal keadaan daripada tercetus kejadian tidak diingini.
"Kekecohan hanyalah berpunca daripada provokasi kedua-dua penyokong menyebabkan beberapa individu tercedera.
"Sehingga ini, tiada tangkapan dibuat namun ada beberapa individu diberi amaran kerana cuba mencetuskan ketegangan," katanya ketika ditemui, di sini.
Pada perlawanan itu, Pahang melakar kejutan apabila menumpaskan Johor DT
3-2.
Mohd Hafiz Kamal menjadi wira skuad Tok Gajah selepas menjaringkan gol
kemenangan pada minit ke-92 menerusi tandukan hasil sepakan percuma pemain
tengah, Azidan Sarudin.
Kedua-dua pasukan sebelum ini terikat 2-2 dengan gol Pahang dijaringkan Matias Conti pada minit ke-13 dan Fauzi Roslan (47') manakala gol skuad 'Harimau
Selatan' dijaringkan Pablo Aimar (45+2') dan Mohd Safee Sali (72').
--Hmetro
Penyokong berbalas baling objek
Written By aku on Saturday, 8 February 2014 | 11:36 am

11:33 am
PEMINAT sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap kemerosotan sukan sepak takraw, bukannya melalui cara perhimpunan boikot yang boleh mencemarkan sukan tradisional negara.
Pandangan ini diluahkan bekas pemain Selangor 1998 yang dihubungi Sinar Harian berhubung suara menggesa Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail meletak jawatan berikutan kemerosotan prestasi permainan tradisional itu di pentas antarabangsa.
Beliau yang enggan mendedahkan nama sebenar berkata, pihak yang tidak berpuas hati haruslah mengemukakan usul kepada persatuan masing-masing supaya dapat memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi menyelesaikan isu berbangkit.
Ini kerana, dengan cara berkenaan, segala isu yang menjadi pertikaian hari ini boleh diselesaikan secara teratur dan anggota dapat memutuskannya secara kolektif.
“Hanya cara demikian kita (anggota gabungan) boleh menentukan sama ada Tok Mat (Presiden) perlu berundur atau tidak.
"Kalau sekadar luah perasaan, kutuk-mengutuk masalah takkan ke mana. Ia hanya akan memburukkan sukan tradisional negara. Kalau ada idea, datang jumpa persatuan berbincang dan perjelaskan apa yang mereka perlukan untuk membangunkan sukan takraw," katanya semalam.
Beliau yang juga bekas pemain Universiti Asean turut menasihatkan agar pihak terbabit jangan jadi budak tidak matang yang hanya bersuara berlandaskan emosi.
"Buat boikot, guna kata-kata maki, suruh presiden letak jawatan, adakah itu membantu menyelesaikan masalah. Bagi saya, semua itu menunjukkan ketidakmatangan mereka.
"Kalau tak puas hati, guna saluran betul jangan bersikap boleh menjatuhkan maruah sukan. Di Malaysia sukan tradisional popular ada dua sahaja iaitu silat dan sepak takraw.
"Jadi, bertindaklah dengan cara yang sedap mata memandang, jangan menggunakan kekerasan," jelasnya yang masih percaya kepimpinan Ahmad Ismail masih mampu melonjakkan sukan takraw Malaysia.
Dalam laporan akhbar sebelum ini, Kelab Sukan Rekreasi dan Kebajikan Bekas Pemain Sepak Takraw (KRKBPSTM) menggesa kepimpinan tertinggi PSM termasuk Ahmad; Setiausaha Agung PSM, Datuk Arshad Yahaya dan penolongnya, Tengku Adnan Tengku Burhanudin meletak jawatan susulan prestasi hambar skuad sepak takraw negara yang sering dimalukan dalam saingan kompetitif di pentas antarabangsa.
--sinar harian
Guna saluran betul luah perasaan
Written By aku on Tuesday, 28 January 2014 | 11:33 am

4:39 pm
"Sesungguhnya, jodoh pertemuan itu semua telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan Safee & Shasha di dunia & akhirat kelak," kata pentadbir laman FB rasminya yang disiarkan tengah hari tadi.
Selepas selesai majlis perkahwinan di pihak perempuan, pemain berusia 29 tahun yang dipinjamkan daripada kelab Pelita Jaya ke Johor Darul Takzim (JDT) tahun lalu dan kekal beraksi dengan kelab Liga Super itu untuk musim ini dijangka mengadakan majlis perkahwinan di pihak lelaki pada 28 Disember ini di Bidor, Perak.
Dalam posting FBnya 10 Disember lalu, Safee mengumumkan pernikahan beliau hari ini serta majlis resepsi pernikahan itu di Bidor pada 28 Disember ini.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaannya.
"Saya harapkan semua majlis nanti akan berjalan lancar. Dengan tanda syukur saya ucapkan Alhamdulillah dan terima kasih. Salam satu jiwa untuk semua," tulisnya.
Safee sebelum ini berkahwin dengan Sabrina Yusoff pada 2007 namun bercerai pada 2012. Hasil perkongsian hidup dengan Sabrina dia dikurniakan dua cahaya mata.
--Hmetro
Safee Sali nikahi gadis Indonesia
Written By aku on Saturday, 21 December 2013 | 4:39 pm

9:18 am
Carta pungutan pingat Sukan SEA 2013 Terkini
Written By aku on Wednesday, 18 December 2013 | 9:18 am
Labels:
Sukan
7:01 pm
Biarpun masih dalam kesedihan dilanda banjir besar, anak Kemaman, Khairul Anuar Mohamad masih mampu mencipta sejarah penting apabila meraih pingat emas pertama bagi dirinya di Sukan SEA ke 27 semalam.
Anak Kemaman yang baru berusia 22 tahun, adalah anak muda kelahiran Batu 10, Pasir Gajah, Kemaman, Terengganu ini berjaya menyembunyikan sebarang perasaan gentar dari riak wajahnya ketika berdepan dengan lawan yang jauh lebih berusia dan berpengalaman daripadanya.
Lantas beliau meraih emas bagi acara recurve individu lelaki selepas mengetepikan cabaran atlet senegara Atiq Bazil Bakri dengan 7-1 dalam aksi final di Lapangan Memanah Wunna Theik, di bandar Naypiytaw Myanmar. Beliau mahu menghadiahkan pingat emas itu kepada ibunya Kelsom Dollah, yang sedang mengalami kepayahan selepas rumah mereka di Pasir Gajah, Kemaman, dilanda banjir.
"Saya risau dengan keadaan ibu saya apabila terputus hubungan beberapa hari lepas namun saya rasa sedikit lega apabila kini dapat menghubungi mereka kembali.
"Hingga kini saya tidak dapat memberi fokus sepenuhnya kepada pertandingan kerana risau dengan keadaan mereka (keluarga) di Malaysia namun saya akan cuba lakukan yang terbaik di sini," katanya. Pemanah Olimpik negara itu berkata beliau akan berusaha memastikan sasaran peribadinya iaitu tiga pingat emas dapat direalisasikan. "Saya harap mampu mencapai sasaran peribadi dua lagi pingat emas menerusi acara recurve berpasukan lelaki dan recurve beregu campuran," katanya.
Beliau turut memuji Atiq Bazil yang mempamerkan prestasi cemerlang kerana berupaya memberi cabaran kepadanya sekalipun masih berstatus junior.
"Bagi saya kejayaan Atiq Bazil mara ke pusingan akhir adalah satu pencapaian yang baik dan beliau mampu pergi jauh lagi. "Saya teringat ketika pertama kali menyertai Sukan SEA di Indonesia dua tahun lepas juga mara ke final," katanya.
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengucap tahniah di atas kejayaan anak Kemaman itu yang sudah pasti menaikkan lagi imej Terengganu yang sememangnya telah banyak melahirkan jaguh-jaguh sukan negara.
“Saya amat bangga dan berterima kasih kepada kepada anak muda dari Kemaman itu yang telah mencipta rekod itu”.
BANJIR DI KAMPUNGNYA PASIR GAJAH KEMAMAN NAMUN KHAIRUL TETAP MERAIH EMAS DI SUKAN SEA DI MYANMAR
Written By aku on Tuesday, 17 December 2013 | 7:01 pm

8:07 am
PETALING JAYA - Aksi pemain The Red Warriors (TRW) bukan saja dapat ditonton di padang, malah bakat mereka dikembangkan ke bidang lakonan apabila 24 pemain bola sepak Kelantan akan bergelar pelakon selepas ini.
Ini susulan kerjasama The Red Warriors (TRW) Sdn Bhd bersama U 2 Media yang akan menerbitkan sebuah filem berkisahkan perjuangan jatuh bangun pasukan itu dalam mengharungi kancah bola sepak.
Difahamkan, dalam filem tersebut akan mendedahkan cerita sebenar di balik tabir pasukan Kelantan seperti krisis pemain, pemindahan pemain, usaha keras pasukan, dilema pengurusan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), cabaran dalam
mengatasi pasukan yang lebih kaya, cabaran yang dihadapi jurulatih dan jatuh bangun pasukan.
Ketua Pengarah Eksekutif U 2 Media, Siti Nur Mokhtar berkata, pemilihan pasukan Kelantan dalam filem ini kerana pasukan pantai timur itu mempunyai keunikan tersendiri.
"Perjalanan TRW yang bermula dari bawah sehingga ke puncak kegemilangan memikat hati saya untuk membuat filem berkisahkan perjuangan mereka.
"Selain itu, faktor penyokong dan pengikut setia di laman sosial juga menjadi penyebab saya mengambil keputusan meneruskan projek ini," katanya berucap dalam majlis pelancaran TRW The Movie, semalam.
Sementara itu, supremo bola sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa pula melahirkan rasa bangga apabila TRW menjadi pasukan pertama yang akan menerbitkan sebuah filem.
TRW The Movie berkisahkan seorang pemuda, Rohim dari Dabong yang mempunyai minat mendalam dalam bola sepak namun terpaksa berhenti sekolah dan dipaksa menjadi pemandu teksi sapu seperti ayahnya.
Rohim yang melarikan diri dari rumah kemudiannya bekerja sebagai pelayan tetamu di sebuah restoran berhampiran Stadium Sultan Muhammad IV dan berkenalan dengan anak majikannya bernama Kalsom.
Wanita itu memberi semangat terhadap dirinya dan mengatakan menjadi pemain bola sepak itu bukan sekadar sukan tetapi merupakan satu perniagaan.
Bermula daripada itu, tanpa menoleh ke belakang dia mengejar cita-citanya menjadi seorang pemain bola sepak profesional.
Filem ini dibintangi pemain TRW, kelab penyokong TRW, Fizo Omar, Kamal Adli, Intan Ladyana, Julia Ziegler, Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Amir Raja Lawak, Sabri Yunus dan Datuk Ahmad Tamimi Siregar.
--- Sinar Harian
Perjuangan TRW difilemkan ( The Red Warriors)