Home » » 10 kenderaan berlanggar

10 kenderaan berlanggar

Written By aku on Monday 23 December 2013 | 11:13 am


ALOR SETAR - Sebanyak 10 kenderaan berlanggar dalam satu kemalangan yang berlaku di K319 Lebuhraya Sultanah Bahiyah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, sebuah lori dan sembilan kereta mengalami kerosakan akibat rempuhan berkenaan.

Semua mangsa dilaporkan selamat dan tiada mengalami kecederaan, namun seorang bayi dikejarkan ke hospital berdekatan kerana terhantuk akibat hentakan.

Menurut mangsa yang enggan namanya disiar, sebanyak 10 kenderaan terbabit berada dalam satu barisan bahagian kiri jalan, malah kemalangan berlaku secara tiba-tiba sedangkan masing-masing bergerak perlahan dari arah Tecso Mergong menuju Shahab Perdana.

“Rasa pelik apabila kereta di bahagian kanan memandu perlahan dan memandang ke arah kami.

“Dalam sekelip mata, terasa kereta yang berada di belakang merempuh kenderaan saya. Saya tidak sangka ia berlaku kerana dibawa perlahan,” katanya kepada Sinar Harian.

Manakala, kebanyakan orang awam turut memberhentikan kenderaan mereka sambil menghubungi beberapa pihak bertanggungjawab, sekali gus cuba membantu mangsa kemalangan berkenaan.
--Sinar
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger