Home » , » 25 mangsa banjir pertama di Melaka dipindahkan

25 mangsa banjir pertama di Melaka dipindahkan

Written By aku on Thursday 5 December 2013 | 3:36 pm



JASIN 5 Dis. - Sebanyak 25 orang termasuk seorang bayi berumur setahun menjadi kumpulan pertama mangsa banjir di Melaka yang dipindahkan ke pusat pemindahan apabila rumah mereka dinaiki air sehingga paras lutut.

(Gambar Hiasan) Kesemua mangsa dari Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai dekat sini, mula dipindahkan oleh pasukan penyelamat ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu pada pukul 10 malam tadi.

Mangsa terdiri daripada 18 dewasa serta enam kanak-kanak dan remaja berumur antara dua hingga 18 tahun ditempatkan di sekolah berkenaan selepas air Sungai Kesang melimpahi masuk ke rumah mereka ekoran hujan berterusan sejak dua hari lalu.

Kesemua mangsa kini ditempatkan di SK Parit Penghulu dan mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Japerun Sungai Rambai dan beberapa agensi lain. - UTUSAN ONLINE

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger