Home » » Amaran Lima Hari Pemuda Pas Kepada Karpal… Sudah Masuk Bakul Sampahkah?

Amaran Lima Hari Pemuda Pas Kepada Karpal… Sudah Masuk Bakul Sampahkah?

Written By aku on Thursday 12 December 2013 | 9:16 pm



KUALA LUMPUR 11 Dis – Jika dibelek dan dihitung, ramai yang masih menunggu apakah status tempoh lima hari yang diberikan Pemuda Pas kepada Penasihat DAP, Karpal Singh berhubung kontroversi yang berlaku sebelum muktamar agung Pas baru-baru ini.

Jika dihitung hari, rasa-rasanya hampir sebulan sudah berlalu.  Apa sudah jadi dengan amaran Pemuda Pas itu?  Apakah status amaran itu sudah masuk bakul sampah DAP?

Mengulas isu berkenaan Exco Pemuda UMNO Malaysia,  Ustaz Azmir Yuzaimi Mohd Yunus berkata pihaknya melihat amaran Pemuda Pas itu sekadar sandiwara politik semata-mata.

Katanya perkara tersebut jika diperhalusi atau diimbau semula, ianya menunjukkan bagaimana sikap dan pendirian Pemuda Pas pada waktu itu yang mahukan penasihat DAP itu memohon maaf.

“Kalau kita tengok pada waktu dan ketika itu seolah-olah Pemuda Pas cukup berani apabila bekas Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob cukup berani melakukannya.

“Namun sehingga ke hari ini, tidak ada apa-apa tindakan susulan mengenainya. Percaya atau tidak tentunya orang akan bertanya mengenai status tempoh lima hari yang diberikan itu.

“Sepertimana yang pernah disebutkan sebelum ini, jika terus berdiam diri maka sudah pasti pelbagai tanggapan akan timbul khususnya imej Pemuda Pas,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Sebelum ini, bekas Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob mempertahankan dakwaannya sebelum ini bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh berbohong apabila menafikan beliau meminta pendaftaran Pas dibatalkan.

Sehubungan itu, Raja Ahmad Iskandar menegaskan, Dewan Pemuda Pas mendesak kepemimpinan DAP mengarahkan Karpal meminta maaf kepada Pas dalam tempoh lima hari bermula Isnin ( 18 Nov).

Mengulas lebih lanjut Ustaz Azmir seterusnya menambah apakah Pemuda Pas yang dibarisi muka-muka baru hari ini cukup selesa dengan pelbagai tohmahan yang dilontarkan oleh sesetengah pihak.

“Apakah nanti akan dibuat kesimpulan umum bahawa tuntutan itu tidak ada kesudahannya. Akar umbi juga tentunya tertunggu-tunggu apa kesudahannya kontroversi berkenaan.

“Pecayalah…walaupun kontroversi itu berlaku ketika era Pemuda Pas sebelum ini, bukankah ianya tetap menjadi keutamaan kepada barisan Pemuda Pas yang ada hari ini untuk menyambung legasi berkenaan. Namun jika mereka bersikap sebaliknya ternyatalah ia satu sandiwara yang memualkan dan menunjukkan di mana taraf maruah pemuda Pas,” ujarnya. -MediaUMNO
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger