Home » » Dicekup khalwat di rumah penginapan

Dicekup khalwat di rumah penginapan

Written By aku on Thursday 12 December 2013 | 3:35 pm


TAWAU: Tiga pasangan kekasih disyaki berkhalwat di rumah penginapan dicekup pihak berkuasa menerusi Operasi Cegah Maksiat yang dijalankan secara bersepadu antara jam 10 malam sehingga jam 3 pagi kelmarin di pusat bandar.
Pegawai Tadbir Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Tawau, Abdul Imam Basiron berkata ketiga-tiga pasangan terbabit disiasat mengikut Seksyen 84 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.
(Gambar Sekadar Hiasan)
“Dalam operasi ini, kita juga turut menahan empat pasangan kerana berkelakuan tidak sopan di sekitar persisiran pantai dan siasatan kita buka menerusi Seksyen 83 enakmen yang sama,” katanya.
Imam berkata operasi terbabit dijalankan secara bersepadu bersama pihak polis dan Majlis Perbandaran Tawau dengan tumpuan pemeriksaan melibatkan rumah-rumah penginapan dan kawasan ‘batu-batu’.
Mengulas lanjut, beliau berkata operasi itu dijalankan berdasarkan aduan awam dan kesemua pasangan terlibat berusia 17 hingga 26 tahun diarah menghadiri sesi ceramah dan kaunseling di Pejabat Jheains Tawau.
--Theborneopost
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger