Home » » Dihalau penyewa awang hitam

Dihalau penyewa awang hitam

Written By aku on Thursday 12 December 2013 | 3:17 pm


Kuala Lumpur: Malang buat seorang konsultan syarikat yang menyewa di rumah bersama awang hitam apabila dia bukan saja diusir keluar dari rumahnya di Jalan San Peng, di sini malah dibelasah rakan serumahnya itu yang ingin membawa rakan senegaranya tinggal di rumah yang sama.
(Gambar Hiasan)
Difahamkan, mangsa berusia 34 tahun dan mahu dikenali sebagai Suraya itu menyewa tiga tahun di rumah flat berkenaan sebelum tuan rumah menyewakan sebuah lagi bilik dalam unit rumah itu kepada lelaki warga Nigeria sejak lima bulan lalu.

Menurutnya, pada mulanya lelaki itu tidak pernah mengganggunya, namun dia sering membawa pulang lelaki senegaranya ke rumah malah dia pernah nampak mereka membawa bungkusan hitam disyaki bahan terlarang.

“Selepas saya menegur lelaki itu kerana membawa rakan pulang ke rumah, lelaki terbabit menjadi marah dan mula memaki hamunnya. Bagaimanapun, lelaki itu menjadi agresif dan menumbuk dada saya dengan tiba-tiba, kelmarin,” katanya.
--Hmetro

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger