Home »
Kemalangan
» Dua pelajar maut nahas
Dua pelajar maut nahas
Written By aku on Tuesday, 17 December 2013 | 9:52 am
Jempol – Dua pelajar tingkatan lima maut manakala seorang cedera parah sejurus terbabit dalam kemalangan tiga motosikal di Kilometer 7, Jalan Bahau-Juasseh, di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias berkata, dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa, Nur Aiman Hakimi, 17 mati di tempat kejadian dan Tan Eng You, 17, meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital selepas motosikal ditunggangi berlanggar dari arah bertentangan.
Katanya, kejadian berlaku apabila Nur Aiman dikatakan menunggang motosikal Honda EX5 seorang diri bersama rakannya yang turut menunggang motosikal dari Bahau ke Juasseh.
Menurut Hamzah, dalam kejadian itu, Nur Aiman difahamkan memintas rakannya dengan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dua motosikal Suzuki RG dinaiki Tan dan rakannya, Teo Xiong Fu, 17 yang menunggang Yamaha SS.
“Akibat perlanggaran yang kuat, Nur Aiman mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan, manakala Tan serta Teo yang cedera parah dibawa ke hospital.
“Dalam perjalanan ke Hospital Jempol, Tan bagaimanapun tidak mampu bertahan lama akibat kecederaan sama di bahagian kepala serta badan sebelum meninggal dunia,” katanya.
Menurutnya, nasib menyebelahi Teo apabila kecederaan dialami tidak seteruk dua lagi mangsa dan kini dirawat di Hospital KPJ Seremban, dekat sini, menurut sumber Hmetro.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurut sumber, semua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menonton
Labels:
Kemalangan