Ini bukan kali pertama dia fitnah saya – Hanez Suraya
Written By aku on Monday, 16 December 2013 | 12:18 pm
Siapa yang mampu berdiam kalau diri terus-terusan difitnah dan diaibkan. Makin didiamkan, makin menjadi pula si penyebar fitnah itu terus memburuk-burukkan namanya. Lebih-lebih lagi individu tersebut satu ketika dulu pernah mejadi pengurus peribadinya (PA) sekaligus pernah menjadi orang kepercayaannya.
Kalau kali pertama, dia masih boleh bersabar. Masuk kali kedua dia cuba memberi amaran kepada individu tersebut. Namun kali ketiga, mana mungkin pelakon Hanez Suraya boleh terus memekakkan telinga. Lantas dia menggunakan khidmat undang-undang bagi mendapat keadilan.
“Kes masih berjalan sehingga satu tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah. Yang susahnya, dia tak nak bagi kerjasama. Saya serahkan segalanya pada pihak mahkamah.
“Saya tak berdendam dengan dia (bekas pengurus peribadinya). Cuma saya sedih, orang yang saya pernah percaya dulu buat saya macam ni. Saya rasa tak patut dia buat saya macam ni (fitnah).
“Lagipun ni bukan kali pertama dia fitnah saya. Dah kali ketiga. Saya pernah bagi amaran pada dia tapi dia tetap teruskan perbuatan dia. Jadi itu sebab saya failkan saman terhadap dia”, kata Hanez Suraya ketika diminta mengulas berhubung mengenai tindakannya memfailkan saman terhadap bekas pengurus peribadinya.
Pada 18 November lalu Hanez memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Fairus Mohd Lazim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Aktres Love You Mr. Arrogant itu mendakwa dia telah difitnah dan diaibkan Fairus menerusi laman sosial seperti Instagram menerusi akaun ‘DashaSultan’ dan Twitter menerusi akaun ‘Dasha_Sultan’.
Tambah Hanez lagi, sebelum ini Fairus ada berjumpanya dan mengutarakan mahu menyelesaikan perkara tersebut diluar mahkamah. Namun kehadiran Fairos tanpa penguamnya. Disebabkan itu perkara tersebut tidak dapat diselesaikan.
“Dia ada datang jumpa saya dan minta selesai diluar mahkamah. Tapi dia datang tak bawa peguam. Jadi tak boleh lah nak selesaikan perkara ni. Bagi saya kalau dia minta maaf dengan begitu saja, saya bimbang dia akan mengulangi perbuatannya lagi nanti”, tuturnya.
Diminta mengulas mengenai dakwaan dia kononnya gadis liar atau bebas bersosial, duta AuraWhite ini tidak menafikannya. Tetapi kata Hanez, segala aktiviti tersebut telah lama ditinggalkan dan kini dia berusaha menjadi seorang individu yang lebih baik, menurut sumber Malaysian Digest.
“Dulu mungkin ya saya begitu, tapi sekarang ni saya dah lebih fokus pada kerjaya dan tanggungjawab saya pada keluarga”.
Pada masa sama Hanez meluahkan rasa serik untuk mempunyai pengurus peribadi. Justeru buat masa ini dia selesa menguruskan sendiri kerjaya seninya.
“Serik nak ada PA buat masa ni. Saya selesa bergerak sendiri sekarang dan belum terfikir nak ambil PA baru”, katanya.
--Klpost
Labels:
Hiburan