Home »
Kemalangan
» Atlet remaja terbunuh kemalangan
Atlet remaja terbunuh kemalangan
Written By aku on Monday, 16 December 2013 | 12:00 pm
MELAKA – Seorang atlet remaja kebangsaan terbunuh selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan di Jalan Ayer Leleh, di sini tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah malam itu,mangsa, Muhamad Afiq Rasik, 20 dari Kampung Ayer Leleh terbunuh selepas Demak 200cc ditunggangnya terbabas dan menyebabkannya jatuh ke dalam longkang.
Kemalangan mengakibatkan mangsa yang juga juara Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan, Oktober tahun lalu meninggal dunia di tempat kejadian, menurut sumber Hmetro.
Difahamkan mangsa juga bakal mewakili Melaka dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) di Perlis tahun depan.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman mengesahkan kejadian.
Labels:
Kemalangan