Home » » Ini Komandolah !!!!!

Ini Komandolah !!!!!

Written By aku on Tuesday 10 December 2013 | 5:00 pm



Melaka: Semangat juang tinggi dalam diri 13 anggota tentera termasuk 11 pelatih komando menjadi faktor mereka terselamat dan tiba di pantai berhampiran Jeti Tanjung Beruas, Pantai Puteri di sini, selepas 28 jam hanyut di perairan Selat Melaka sejak malam Sabtu lalu.

(Gambar Sekadar Hiasan)
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, kejayaan pelatih Kursus Asas Komando mengharungi ribut dan ombak di lautan itu turut dibantu kemahiran dan kepemimpinan dua jurulatih mereka yang berpengalaman dan turut menjadi mangsa kejadian berkenaan.


“Malah, hasil lawatan saya mendapati mereka masih mempunyai semangat tinggi kerana tidak ada seorang pun antara mereka yang ditemui berhasrat meninggalkan kursus itu selepas insiden berkenaan.

“Mereka mahu meneruskan latihan hingga dianugerahkan beret hijau. Selepas mengharungi pelbagai dugaan, mereka perlu diberikan pujian bagi membakar semangat sedia ada kerana kumpulan itu menjadi aset negara dan pengalaman mereka sangat berharga,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat semua mangsa di Hospital Kem Terendak di sini, semalam. Hadir sama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron dan Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.


Semua mangsa adalah 11 pelatih komando dan dua jurulatih yang dilaporkan hilang selepas bot jenis Assault yang mereka naiki dipukul ribut dan ombak ketika menyertai latihan mendayung dari pantai Kem Sungai Udang ke Pulau Nangka, malam Sabtu lalu.

Kehilangan kumpulan itu disedari 32 anggota dan seorang pegawai yang turut sama menyertai latihan berkenaan menggunakan empat bot berlainan selepas mereka berjaya mendarat di Pulau Upeh, jam 12.30 tengah malam hari sama.


Abdul Rahim berkata, kementeriannya berterima kasih kepada semua agensi kerajaan yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa termasuk kerajaan negeri.
--Hmetro
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger