Home » » Samun, tekup, pukul

Samun, tekup, pukul

Written By aku on Tuesday 10 December 2013 | 5:07 pm


Subang Jaya: Bukan sahaja disamun, malah seorang wanita turut dibunuh dengan dipukul objek tumpul di muka sebelum ditekup dengan batal di kediamannya di tingkat empat Pangsapuri Good Year Court 2 USJ6/1, Subang Jaya, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa, Rumaizah Burhan, 54, ditemui di dalam bilik tidur utama oleh kakaknya yang pulang sebaik selesai bekerja dan terkejut apabila melihat keadaan dalam rumah berselerak.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mangsa yang masih bujang dan bekerja di sebuah kilang di Sungai Way sudah lebih 20 tahun tinggal di rumah itu.
Menurutnya, kakak mangsa pula berusia 59 tahun dan hanya tinggal bersamanya sejak tujuh tahun lalu dan bekerja di sebuah pasar raya berdekatan.

"Ketika kejadian itu, kakak mangsa yang pulang ke rumah mendapati ruang tamu berselerak dan dua pintu bilik tidur dalam keadaan berkunci sedangkan kebiasaannya ia tidak berkunci.


“Dia kemudian memanggil anak lelakinya datang ke kediaman itu sebelum anaknya bertindak memecahkan bilik tidur utama dan terkejut melihat mangsa terbaring dengan muka ditekup dengan bantal,” katanya.

Yahaya berkata, mangsa juga mengalami kecederaan di muka dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

“Hasil pemeriksaan, pintu jeriji besi dan pintu utama rumah tidak dirosakkan dan kemungkinan ia dilakukan individu dikenali mangsa.

“Kemungkinan motif adalah untuk pecah rumah dan menyangka mangsa pergi ke tempat kerja sedangkan ketika kejadian, mangsa bekerja syif petang,” katanya.

Beliau berkata, barangan berharga milik mangsa seperti barangan kemas, telefon bimbit dan jam tangan turut hilang.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger