Home » » Johan As’ari kemalangan jalanraya

Johan As’ari kemalangan jalanraya

Written By aku on Friday 13 December 2013 | 11:10 am


PELAKON popular, Johan As’ari sekali lagi mengalami kemalangan jalan raya pada pagi 10 Disember lalu.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Johan menerusi akaun Instagram miliknya dengan memuat naik gambar keretanya yang rosak akibat kemalangan tersebut.
Berdasarkan status yang dikongsi Johan, kemalangan itu berlaku ketika dia dalam perjalanan menuju ke lokasi penggambaran.
Namun, tidak ada sebarang kecederaan yang dilaporkan.
Johan turut memberitahu kemalangan yang berlaku bukanlah di atas kecuaiannya, sebaliknya percaya ada hikmah di sebalik kejadian tersebut, menurut sumber Sinar Harian.
Untuk rekod, sebelum ini Johan juga pernah mengalami kemalangan dengan kereta yang sama pada tahun lalu.
--kualalumpurpots
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger