Home » » Kata dua buat Lim Guan Eng – mohon maaf atau ke mahkamah

Kata dua buat Lim Guan Eng – mohon maaf atau ke mahkamah

Written By aku on Tuesday 24 December 2013 | 12:00 pm


24 DIS: Satu minggu – itu tempoh yang diberi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk memohon maaf secara terbuka kerana menggelar Ketua Pembangkang negeri, Datuk Jahara Hamid dengan panggilan ‘nenek rasis’ pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.
Zuraida Kamaruddin…Ketua Wanita PKR turut tegur Lim Guan Eng.
Jahara yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Air Tawar berkata jika Lim yang juga Setiausaha Agung DAP gagal memohon maaf kepadanya, beliau sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.


“Beliau (Lim) menuduh saya membangkitkan porpaganda perkauman dan memanggil saya ’1,000 kali jahat, pemfitnah dan seorang nenek pembohong.

“Ini satu serangan peribadi yang sangat serius terhadap saya dan ia memberi kesan kepada maruah saya sebagai seorang wanita dan ketua pembangkang.

“Kenyataan saya mengenai isu yang saya ketengahkan dalam sidang DUN telah diputar belit dengan sengaja untuk mencipta kekeliruan dikalangan rakyat,” katanya.

Jahara turut menggesa Lim menilai semula semua faktanya secara teliti, rasional dan positif.

Sementara itu, Setiuasaha Akhbar Lim, Cheong Yin Fan berkata Lim tidak dapat mengulas mengenai isu berkenaan kerana pada ketika ini beliau sedang berada di luar negara.

Kritikan terhadap Lim bukan sahaja datang dari sebelah Barisan Nasional, malah dari dalam kem pakatan rakyat sendiri.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin turut menyelar tindakan Lim yang melabel Jahara sebagai seorang nenek rasis.

Zuraida berkata perkataan tersebut tidak patut dikeluarkan dari seorang Ketua Menteri kerana ini adalah perbuatan “sexism”.


“Guan Eng beremosi ketika berucap sehingga terkeluar gelaran berkenaan. Lelaki perlu faham isu gender merupakan perkara sensitif. Kita tidak pernah bagi gelaran datuk kepada pemimpin lelaki,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Wanita PKR negeri pada Isnin.

Beliau berkata secara dasarnya perkara itu tidak seharusnya berlaku dan beliau tidak bersetuju dengan tindakan Guan Eng.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang meminta Guan Eng supaya lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan pada masa depan.

Guan Eng menggelarkan Jahara sebagai ‘nenek rasis’ bila beliau dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman apabila mendakwa Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.-bnbbc.my

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger