Home » » Lagi Kes Siling Runtuh

Lagi Kes Siling Runtuh

Written By aku on Monday 23 December 2013 | 11:39 am


MIRI: Pekerja dan pelanggan di sebuah pusat urut di Jalan Tritonia di sini terkejut apabila terdengar bunyi letupan kuat sehingga mengakibatkan beberapa bahagian siling di luar premis tersebut retak dan jatuh.
Bagaimanapun, dalam kejadian semalam tiada yang cedera.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Mun Kock Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan insiden letupan itu.
“Kami ada menerima laporan dan setakat ini masih menyiasat punca letupan kuat itu,” katanya.
Beliau menambah, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau letupan dengan niat membakar kediaman atau bangunan orang lain.
--TheBorneoPost

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger