RAMALLAH 4 Dis. - Sebuah badan penyiasat mendakwa pihaknya bakal mendedahkan nama suspek yang disyaki meracuni bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat sehingga menyebabkan kematian beliau pada 2004.
Sisatan oleh Pihak Berkuasa Palestin yang diketuai oleh Tawfiq Tirawi itu telah mengumpul beberapa bukti selama hampir sedekad.
"Saya berjanji bahawa kami akan mendedahkan nama suspek yang disyaki meracuni Arafat pada sidang akhbar akan datang," katanya, di sini semalam.
Sebuah makmal forensik di Switzerland sebelum ini mengesahkan bahawa tulang bekas pemimpin itu mengandungi bahan radioaktif yang tinggi, sekaligus menguatkan dakwaan bahawa beliau mati akibat diracun. - REUTERS