Peniaga air minta dibicara kes cabul kerhormatan wanita
Written By aku on Tuesday, 24 December 2013 | 7:47 pm
SUNGAI PETANI: Seorang peniaga air mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita yang juga orang kelainan upaya (OKU), awal bulan ini.
(Gambar Hiasan)
Tertuduh Mat Saad Wahab, 61, didakwa melakukan perbuatan berkenaan terhadap seorang wanita berusia 31 tahun, dalam rumah di Jalan Taman Mewah, di sini, kira-kira 12 tengah hari, 7 Disember lalu.
Mengikut kertas pertuduhan, Mat Saad didakwa memegang buah dada dan cuba memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, jika didapati bersalah boleh dihukum penjara 10 tahun dan sebat atau denda.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Radzi di hadapan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Januari depan untuk tarikh sebutan semula kes bagi melantik peguam.
--Hmetro
Labels:
Jenayah