Video sekumpula ikan melompat kedarat, kejadian ini berlaku di pantai Tambisan dekat Felda Sahabat Tungku, Lahad Datu sabah pada 24/12.2013.difahamkan kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku dan pernah sudah beberapa berlaku apabila musin ikan besar mendarat di perairan tambisan.
LAHAD DATU: Penduduk di Kampung Tambisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.
Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.
Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.
Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini.
Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.
Sumber Video:MLT Celestine (KK LUYANG)
KREDIT : MOHD AZRUL RAHABAN
KREDIT :Lydia Dandan
You tube: terengganu post online upload